Assalammualaikum.
Bismillah.

Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 2021 | Semalam tengok opening dan lagu gundah yang disampaikan oleh ernie zakri je. Lain lain tu malas nak tengok, sebab macam lagu tak best tak tapi boleh jangka dia menang.

Dengar kata, makin lama AJL makin tak best. Penyanyi suara yang betul betul power pun tak dapat apa, hahahah malah yang lirik merepek pulak yang menang. Tiap tiap tahun masuk je AJL tapi tak menang, sedihkan?

Sebab orang kita tak pandang bakat, tapi pandang rupa. Ha gitulah. So malam tadi 12 yang berkualiti berentap untuk bergelar Juara Lagu AJL. Berikut adalah senarai penuh pemenang AJL35 bersama hadiah wang tunai beserta trofi kepada pemenang. 


JUARA AJL35 



Kaka Azraff, Loca B, Noki - Lagu Gila | RM50,000 & Trofi


NAIB JUARA AJL 35



Aina Abdul - Lagu Semalam | RM35,000 & Trofi

TEMPAT KETIGA AJL35


Wany Hasrita & Dato' Jamal Abdillah -  Lagu Belenggu Rindu | RM20,000 & Trofi


VOKAL TERBAIK AJL35



Ernie Zakri - Lagu Gundah | RM12,000 & Trofi


PERSEMBAHAN TERBAIK AJL35



Zizi Kirana - Lagu Eh | RM12,000 & Trofi