sumber : google


Ada masa, rasa susah nak teruskan kehidupan dalam keadaan positif, bermotivasi, semangat.

Ada waktu, memang nak abaikan sahaja semua, dan pentingkan diri sahaja. Buat sekadar apa yang perlu bukan apa yang terbaik. Fikir keselesaan dan keutungan diri sendiri berbanding memberi manfaatk kepada orang lain.

Namun biasanya yang memujuk saya semula ialah satu soalan, "kalau mati dan dipulangkan semula kepada Allah kelak, nak cakap apa depan Allah?"

Soalan itu setakat ini tidak pernah gagal membuatkan saya kembali bersemangat, fokus, kutip semula hal-hal yang memotivasikan diri dan berusaha untuk terus memberikan manfaat kepada orang lain apa yang termampu.

Perjalanan menuju Tuhan itu memang banyak ranjaunya. Penat dan kecewa memang akan hadir menyapa kita. Namun dengan niat dan matlamat yang jelas, insyaAlllah kita akan sentiasa mampu memujuk diri untuk bangkit semula.