DR Beau Pure Natural Face Oil Review



Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Dr Beau Pure Natural Face Oil Review | Hari ini, daku nak review satu product yang sangat berkesan semenjak daku gunakan ia seminggu yang lalu. Daku sangkakan face oil ni ubat rambut sebab bentuk dia sebiji macam serum rambut. Bentuk comel je ala ala soft gel gitu.




Sebelum ni daku ada masalah dengan kulit berminyak dan berjerawat, 4 tahun lepas kalau korang follow daku mesti tahu macam mana teruknya muka daku disebabkan kerja. Jerawat timbul dari dalam kulit, seksa tau. Muka ni berminyak je.

Lepas bersalin ni, eh muka jadi kulit kering. Kulit muka rasa kasar je sebab tak ada kelembapan tu. Bila muka lembap, kuranglah rasa kulit kering. Lama dah dengar nama produk Dr Beau ni jadi tak terpikir pun nak guna masa dulu tu, sekarang ni baru gigih nak guna.



Kecil Dan Comel, Dr Beau Pure Natural Face Oil.





#1 About the product : 


> Product name : Dr Beau Pure Natural Face Oil
> Product brand : Dr Beau
> Suitable skin type : All skin types
> Price : RM 129.90
> Origin : Malaysia
> Available : Fb, Ig & Website (rujuk dibawah ye)

#2 What it claims : 

> Atasi masalah jerawat dan parut degil jerawat
> Atasi masalah kulit kusam bagi mereka yang mempunyai kulit gelap akibat sinaran matahari.
> Atasi juga masalah kulit kering, berminyak dan pori terbuka.

#3 The Packing :


Ia didatangkan dengan bekas berpenutup yang comel. Lepas ni tak perlu dah kata berat nak bawa skincare, dr beau ni korang boleh bawa kemana sahaja sebab tak ganggu space dalam handbeg korang.


#4 Bahan yang terdapat di dalam dr beau pure natural face oil :

Minyak Argan Oil, Minyak Gandum, Minyak Badam, Minyak Aprikot, Minyak Primrose dan Extrac Rose Hip Oil

(Can check on the packing)


#5 Texture dan warna  :

Texturenya putih dan lembap bila pakai dimuka. Refer gambar di bawah ni. Bau pun best. 



#6 Cara untuk menggunakan dr beau pure natural face oil?


Korang boleh guna dua kali sehari, pagi dan malam. Selepas cuci muka dan memakai toner, korang letakkan di tapak tangan korang. Gosok terlebih dahulu dan dap dap sahaja di muka. In syaa Allah muka korang extra glowing. 


#7 Apa perasaan daku bila guna dr beau pure natural face oil?


Sebenarnya, ini bukan pertama kali daku pakai face oil. Sebelum ni pakai jenama yang lain, kali ni pakai pula face oil pure natural dari dr beau. Bila sekali pakai, kulit muka yang kering ni terus jadi licin je. Lepas pakai je muka nampak auto glowing tau. Love sangat produk ni. 



BACA INI JUGA : 






#8 Daku recommend atau tidak untuk membeli dr beau pure natural face oil? :


Apa yang boleh daku simpulkan, daku suka sangat bau face oil pure natural dr beau ni. Wangi gila! In syaa Allah, habis yang ni daku nak repeat lagi. Nak muka glow glow gitu. Daku recommend produk ni untuk korang yang ada masalah seperti diatas. Kita ikhtiar selagi boleh.

Selamat mencuba! Daku harap entri ini bermanfaat pada korang yang berjinak - jinak di dalam dunia skincare. Good luck.

Bagi yang nak mendapatkan dr beau pure natural face oil atau jika ada sebarang pertanyaan, silalah terus menghubungi mereka di laman berikut :


Telefon : 016 963 3443



(Disclaimer : This is not paid review. I bought with my own money. Tapi setiap kulit berbeza-beza. What works for me may be not work for you. This is just my personal experience. Try & error gurl)

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. menarik ni ;)

    Keputusan GA dah keluar :)

    https://ejulz.blogspot.com/2020/12/keputusan-giveaway-by-ejulz-faizzahamir.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama