Assalamualaikum.
Bismillah.

2 Hari Bengkak Mata Layan Cerita Korea Ni ! | Daku ni bukanlah seorang kpoppers sangat pun. Kalau kdrama memang daku layan habis habisan, semenjak terpengaruh dengan kawan kerja sejak 2016 lagi melayan cerita kdrama. Nak dibandingkan cerita melayu biar 10 kali ulang cerita kdrama.

Kalau tak silap, dulu waktu umur 15 tahun tengah hot dengan group girl generation. Lepas tu, kdrama ni tak semeriah yang sekarang ni tau. Dulu ingat lagi dapat duit biasiswa gigih beli CD cerita Korea, My Girl. Gigih tau dok beli, CD tu pun dah entah kemana menghilang. 

3 hari lepas, daku dah khatam dah cerita. Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo. Cerita ni memang dah lama ditayangkan tak silap 3 atau 4 tahun lepas, tapi rating tak tinggi pun. Jalan cerita yang best entah kenapa rating tak segempak The World of Marriage. Geram tau!

 

 

 

Kisah ni buat daku 2 hari bengkak mata, menangis untuk the whole episod. Biasanya satu episod tu mesti ada skip skip sebab nak cepat habiskan. Cerita ni 20 episod tau, daku tonton tanpa skip langsung! Sejenis yang gigih betullah habiskan 1 jam episod. Hehehehe.

Cerita ni juga buat daku menangis sampai bengkak mata. Bila kenangkan balik apahallah rating cerita ni tak tinggi langsung! Geram tahu tak geram! Hopefully, pengarah cerita ni buatlah Moon Lover Season 2, sebab season 1 ni tergantung tau jalan cerita! Tak adil bagi daku ni yang dah tonton 20 episod, mohon buat sambungan ye.

Kalau tak silap juga, cerita ni ada yang buat petition supaya adanya season 2 tapi tak ada sambutan hangat dan apa yang daku dah baca, pengarah akan keluarkan season 2 sebelum tahun 2022. Mohon keluar cepat ye. Tak sabar nak tengok. hehehehhe.

Buat penggemar kdrama, sila tengok cerita ni, daku bagi rating 5/5, heheheh best walaupun rating tak tinggi. Confirm berjurai airmata kalian!