Assalammualaikum.
Bismillah.

Wordless Wednesday - Bau Wangi Bayi | Perasan tak setiap kali kita cium bayi, ada satu bau yang amat wangi dan mendamaikan. Akan tetapi, bau ini lama-lama akan beransur hilang apabila bayi semakin membesar bulan ke bulan.

Tahukah korang bau apa itu?





Dalam hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Imam Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"


Dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Tabrani: Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA"


Ambillah peluang untuk menziarahi saudara atau kenalan kita yang baru melahirkan bayi untuk mencium bayi yang baru dilahirkan itu kerana baunya adalah bau dari syurga.