Assalammualaikum dan salam sejahtera.

RM20K VS BOYFRIEND? ANDA PILIH YANG MANA? | Tiba-tiba naik pulak isu youtuber yang acah-acah nak buat rancangan gold digger tapi akhirnya dikecam teruk oleh netizen. Daku tengok pun part dimana perempuan tu dioffer RM20K. Bengang jugaklah bila tengok. Boyfriend perempuan nak uji kesetiaan perempuan tu dengan duit. Rasa nak tepuk je dahi boyfriends dia tu.

Kat sini, daku tak bela mana-mana pihak tapi sebagai perempuan yang tak ada kerja, dah tentu RM20K yang daku pilih. Perempuan mana yang nak tolak duit 20K, apatah lagi dengan tak kerjanya. 20K satu kuantiti yang bukan sikit tau, boleh je nak buka bisnes or do something else in future.

Boyfriend perempuan tu pula seolah-olah nak salahkan perempuan tu. Patutnya nak uji kesetiaan bukan dengan cara macam tu. Cuba kau, kalau girlfriend kau uji kesetiaan kau dengan perempuan cantik, lawa, body baik, mesti kau pun sapu jugak. Erghhh geram gila.





No wonderlah netizen ramai je yang dok bising-bising pasal ni. Bila daku cakap kat suami, suami pulak boleh kata "Nak salahkan lelakilah tu" hahahahaha. Cuba cakap siapa je yang nak tolak duit? Kalau 20K vs suami, dah tentu pilih suami, sebab susah senang dah tentu bersama. Ni boyfriend je pun. 

Akhirnya, hubungan mereka tu agaknya putus macam tu, youtuber yang kaya sebab buat content merepek dan dapat tontonan banyak walaupun dikecam teruk. Kalau nak jadi youtuber pun, carilah content yang bermanfaat, permudahkan jodoh orang ni tak buat hubungan orang rosak ada lah. 

Jadi, sebelum nak deal dengan youtuber dalam content merepek better tak payahlah. Kau tak dapat apa, youtuber je yang sedap duit even kena kecam.

Fikir-fikirkan dan ini cuma pendapat daku sahaja.