Assalmmualaikum dan salam sejahtera.

Blog Daku Bukan Spammer Di Facebook! | Tiba tiba daku perasan bahawa dalu tak boleh post yang ada link blog daku. Sebelum ni 2018 macam tu, Facebook pernah block daku untuk log in disebabkan daku menggunakan nama facebook ‘Ombak Bergigi’ padahal dah 7 tahun daku gunakannya semenjak 2010 lagi.

Dah tak pasal kena buat pengesahan menggunakan kad pengenalan. Betul-betul bikin sakit hati je. Entah macam mana boleh pulak Facebook block link blog daku. Makin merapu tau FB ni. Daku ambil keputusan untuk report di FB. Tak tahulah berapa lama daku kena tunggu. Naya macam ni! Pageviews naik pun kadang sebab kenalan FB yang banyak klik.

Bikin geram je pagi pagi ni!