Assalammualaikum dan selamat pagi semua! Movie review kali ini daku  ingin mengulas sebuah filem yang berdasarkan kisah benar iaitu filem 'Jungle'. Filem ini telah ditayangkan pada 28 September 2017 dan kisah benar ini pernah disiarkan dalam program 'I Should't be a;ive' di siaran Discovery Channel dulu-dulu.




Sinopsis Jungle

Filem Jungle yang berdurasi selama 1 jam 55 minit ini mengisahkan tentang seorang backpackeer berbangsa Yahudi Israel lakonan Danial Radcliffee (Harry Potter) . Dia telah mengembara ke Amerika Latin untuk melihat keindahan alam dan budaya masyarakat setempat. Dia juga bergabung dengan beberapa backpacker dari negara lain-lain semasa di Amerika Latin.

Datang seorang lelaki barat yang tidak dikenali menawarkan pengembaraan rahsia ke hutan tebal untuk melihat masyarakt misteri, 'The Lost Tribe'. Mereka excited dengan tawaran tu dan meneruskan misi setelah membayar sejumlah wang. Akhirnya setelah mereka mengembara jauh ke dalam hutan tebal, barulah mereka sedar, mereka terkena scam.




REVIEW

Sebab tu, bila kita kembara ke tempat orang, jangan mudah percaya dengan orang sekeliling. Tak pasal kena scammed. Meremang jugaklah tengok cerita ni, macam tak percaya yang Harry Potter tu sanggup kurus kering untuk bagi lakonan hebat untuk watak yang dibawa. Seronok sikitlah tengok cerita ni sebab berdasarkan kisah benar.

RATE

Dengan ini daku memberi 3.5/5 bintang.