Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Happy 1st Anniversary | 29.03.20, hari ini genap setahun berumahtangga bersama suami tersayang. Walaupun ikut perancangan, kami nak bercuti tapi terpaksa ditangguhkan sebab Covid-19 dan PKP. Siapa yang tak sayang nyawa oi? Sanggup bercuti dan hiraukan kesihatan, jangan jadi ego dengan diri sendiri.

Sepanjang setahun dah bergelar isteri, macam-macam pengalaman dah rasa. Gaduh, marah, sayang, rindu semua itu pahit manis berumahtangga. Takkan setiap hari mahu yang manis je, yang pahit ditinggalkan tepi macam tu? Kita cuma manusia yang mengerti perasaan, jadi enjoy dan chill je tentang sesuatu, tak perlu nak ambil berat sangat.

Om harap untuk perkahwinan Om ni, in syaa Allah semuanya diberkati dan saling memahami. Tak perlu ada orang ketiga, keempat dan sebagai yang jadi punca rosaknya sebuah masjid. Take noted ye buat para perosak rumahtangga orang, I DO NOT NEED YOU!