Assalammualaikum & hello there!

Saya dengan ini mewakili sebahagian engineer ingin membuat petisyen, agar dihentikan segala PENIPUAN berkaitan kerjaya kami di dalam drama Melayu. Kesian makcik2 kena tipu tengok Samarinda TV3.

1. Kami tak berkemeja, bertali leher sepanjang hari. Berkot apetah lagi. Yang dalam drama mengaku engineer tapi pakai macam model tu dia lebih layak jadi pramugara bukan jurutera.



2. Kami takde usung drawing kulu kilir macam dalam drama. Oklah kadang2 ada bila nak berlakon busy tapi tak selalu. Bos pun boleh hidu. Kami pakai CAD di alam maya dah sekarang ni.

3. Bilik sendiri? Jangan kata senior engineer; senior engineering manager pun kadang dok sebaris dengan marhaen. Nasib baik sikit dapat cubicle asing. Dalam drama kemain, pangkat tinggi sikit bilik macam karaoke room VIP.... (part belakang telah diedit semula atas tapisan LPF😛)

4. Kami takde secretary syarikat datang hulur fail pastu selak2 sain, selak2 sain ataupun selak2 kain.

5. Perbezaan last paling ketara; rupa lah. Jarang engineer jambu dan bermuka polos. Paling kacak pun boleh jumpa macam yg dalam gambar ni.

Mana engineer yg setuju sila komen di bawah.

Bantulah makcik2 eksaited nak dapat bakal menantu engineer. Yang didamba ala Aeril Zafril; namun yg muncul persis Aerial TV.


Sumber : FB