Assalammualaikum.

Ceritanya macam ni,

Korang pernah bekerja atau berjumpa dengan orang yang selalu nak marah tak? Tanya salah, tak tanya salah. So solution untuk atasi orang macam tu, apa korang akan buat? Diam and follow? Tapi I end up dengan diam dan follow je kata dia. Stress jugalah kerja dengan orang yang jenis macam ni, susah nak bawak bincang. 

Pernah jugalah I sampai terfikir-fikir sebelum nak tidur. I apply cuti seminggu, rasanya masa tu nak pergi cuti ke Beijing. Form dah tulis semua, booking hotel tiket flight memang dah siaplah tapi cuti je manager belum sign. Serious, I sampai pikir mcam mana cara nak bagi dia sign dan I cuti dengan tenang. I buntu masa tu, I call kawan I mengadu kat dia. Kawan I cakap, istigfar banyak2 dan selawat 3x kali sebelum bagi manager tu sign cuti form I. But manager I tu chinese, lain agama kang kita dok baca selawat, dia makin naik hantu pulak.

At the end, I bagi manager I tu rilex-rilex, cool-cool dah nampak macam manager mood okay baru I pass that form. Luckly, dia sign tak tanya apa pun. I macam, whats going on? Kau tahu tak, aku ni naik pecah peluh nak hadap orang macam kau. Dia just tanya cuti berapa lama, then pass it back that form pada I. Eh I macam pelik je dengan dia tu.

Tapi selang beberapa jam lepas dia sign form tu, manager I tanya lagi, berapa lama cuti? I cakap lagi, I cuti seminggu, then dia kata, alright "you can holiday but jangan lama-lama, I pun nak cuti panjang nanti site tak ada orang jaga". I macam nak putus nyawa takut dia tarik cuti I tu. Haishh bertuah betul perangai. 

Haishh until now kena hadap dengan orang yang sama hari - hari.

Doakan hari I bertambah ceria.