Assalammualaikum.

Ya, sekarang ini mungkin kau sedang selesa. Perlakukan dia seperti entah apa-apa.
Kejap muncul, kejap hilang. Kejap rasa saayang, kejap kau rasa dia membosankan.
Kau layan dia sukahatti mak kau je.
Kerana kau tahu, at the end of the day, dia tetap akan memaafkan kau 
dan kembali pada kau.

Tapi setiap kemaafan yang dia beri, semuanya dikira. Semakin banyak dia
maafkan kau, sekin itulah hati dia perlahan-lahan mula rasa tidak kisah dan ianya
akan sebati. Dia akan sudah tidak rasa dihargai dan akhirnya dia akan
pilih untuk melangkah pergi,

selepas penat bersabar dengan kau.

Hati manusia, apabila dia suka, dia masih akan sabar dan mengeluarkan
berjuta peluang. Tapi sekali hati dia terguris dan dah tidak suka kau, kau 
merayu bagaimana sekalipun, dia akan buat tak tahu. Ketika itu kau akan rasa yang ada
bukan lagi cinta tapi rasa kasihan sahaja.

Jangan menyesal di kemudian hari, hargai selagi ada dan cintailah 
setiap hari bagai baru semalam kau diberi peluang untuk bersama.