Assalammualaikum.

Haishh, I hari-hari fikir, macam mana nak solve this biggest problem in my life. Sometimes, I refer pada kawan-kawan I yang dah kawin. Hari-hari tanya,

'Wedding kau hari tu, habis berapa ribu?'

'Medical check up tu kena bayar berapa?'

'Pelamin yang murah-murah ada tak kat kampung?'

'Wei, apahal kanopi mahal sangat?'

Nasib baiklah kawan I faham dan layankan perangai I ni yang bertanya hari hari kat dia. I berdebar nk tempuh hidup baru lepas ni. Hidup dan tanggungjawab yang nak pikul tu tak sama dengan sekarang as a single & daughter. Kira-kira budget, oh Allah ape hal mahal sangat! Semua benda nak budget.

Ya, I memang nak budget on my wedding. I nak tahu kemana duit I pergi nanti. Benda remeh-temeh pun I nak take noted. I tahu setiap pasangan nak kawin memang akan alami benda yang sama macam I. Pening kepala, sakit hati dan kadang give up untuk tak nak kahwin. Tapi I still positive sebab kita nak buat benda baik memang Allah duga. Samaada kita ikhlas atau tak untuk hadap dugaan tu. 

I ada masa kurang 4 bulan je lagi, tapi I still tak pergi kursus kahwin, settlekan borang nikah malah nak tempah pelamin pun tak ada masa. Kerja I yang menghimpit masa untuk I settlekan benda tu. Haish pening. Tapi I  nak korang doakan yang baik-baik dan semuanya Allah permudahkan. Amin.