Assalammualaikum.

"Men Are Trash"

I akan jawab ya bila seseorang tanya 'It is men are trash'. Sukahati I je kan nak buat statement macam tu. Okay I betulkan sikit, hanya 60% sahaja men are trash and 40% lagi, good men! And maybe 50 50 right?

I macam terpanggil nak mengingatkan korang semua yakni kaum hawa di luar sana. I bukannya nak back up hawa tapi bila I makin dewasa, I rasa macam ada kesedaran di hati I untuk bagi tahu semua orang.

'Jangan percayakan lelaki'

Lagi-lagi sebelum kahwin. 

Sebab apa I kata macam ni?

Lepas akad nikah, korang boleh bagi seluruh kepercayaan sebab dah jadi suami korang kan. Kalau korang takut dan tak percaya, better jangan kahwin. Kalau korang rasa dia tak boleh dipercayai 100%, korang kena tanya diri korang dulu, kenapa aku kahwin dengan dia at the first place?

I banyak je kawan lelaki dan apa yang I katakan, sesetengah daripada diorang ni, anggap perempuan tu sebagai satu trofi untuk bermegah-megah even I sendiri pun pernah terkena. Usha itu dapat, usha ini pun dapat. Lepas dah boring, diorang ni tinggalkan macam tu je and go for the next target. Ya, Men Trash begini memang banyak. I memang tak dapat nak nafikanlah.

"Kita di suatu zaman di mana lelaki jahat dan bermulut manis, jadi berani. Dan lelaki yang baik & bertanggungjawab rasa takut untuk meluahkan segala isi hati."

Jadi korang kena lebih berhati-hati. Jangan percayakan lelaki, lagi-lagi sebelum kahwin. Kalau dia nak mengorat korang kan, tanya perancangan dia. Tengok perancangan dia. Kalau ianya menghala ke perkahwinan dan nampak mcam ok, go for it. Jika macam, "Nanti kita fikir lagi, kita muda kan." itu korang tolonglah jadi bijak sikit ye.

Hati-hati sebelum manja sekeping hati, dikhuatiri merana hati.