Assalammualaikum.

Selamat pagi semua. Setelah berhempas pulas di dunia nyata, aku kembali ke alam maya. Hahahaa lama juga aku tinggalkan.

Aku ada tanya dengan beberapa kawan lelaki aku. Aku tanya "Korang suka tak dengan perempuan yang berkerjaya ni?" Mereka kata "aku tak berapa suka, nanti susah nak urus rumahtangga aku" 

Dan lagi sadis ayat kawan aku ni, "Takkan kau nak anak kau membesar dalam gelap. Pagi pagi  kau dah keluar keje, tengah malam baru balik. Lama lama nanti anak kau dapat mak yang kedua, sanggup ke bermadu?"

Mimpi ngeri wei bermadu ni, kongsi barang pun aku kedekut apatah lagi berkongsi suami. TAK NAK!

1) Gaji suami kecik, kena kerja nak tampung keluarga.

Suami gaji kecik, nak bagi isteri cantik cantik sikit, itu pun kena kontrol perbelanjaan. Kau rasa gaji suami kau yang 2000 tu cukup ke nak tanggung kau sekeluarga. Ditambah anak kau yang 4 5 orang, bukan tak bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi. Tapi kalau tak saling membantu, memang tak tahulah. Hidup di zaman yang hampir ke 2020, memang duit tu sangat penting. Tak ada duit bye bye lah. Tapi tak tahulah kalau dapat laki yang gaji 7 8 ribu, aku pun tak pasti cukup ke tak. Tapi kalau kau nak kerja jugak tolong suami kau, kerja sampingan pun dah cukup. Jual kerepek ke, jual barang online ke. Zaman dah maju. Think think and think.

2) Belajar tinggi tinggi sampai PhD, takkan nak bazir.

Bila isteri ada ijazah ke master ke Phd ke, takkan tak kerja. Rugi sebab belajar pun dah beratus ribu habis takkan nak rugi macam tu. Orang dulu dulu cakap, belajar tinggi tinggi ke dapur jugak nanti. Tapi sekarang mentaliti tu dah lapuk dah. Tak kerja nanti tak makanlah kau. Malaysia ni dah gawat dah. Dengan gstnya, minyak naik, harga barang pun boleh tahan. Apa apa pun kata suami kena ikut jugak. Nanti tiada syurga bagi mu.

Jadi, aku cadangkan kepada semua perempuan yang tengah bekerja ni, sebelum jodoh korang sampai. Kumpul duit tau. Sebulan 200 kau simpan pun dah cukup. Senang untuk masa depan kau. Lagi satu, kumpul harta juga. Macam basikal, senang nak kemana mana lepas kawin nanti.





sumber: google