Assalammualaikum,
Rasanya belom terlambat untuk Om ucapkan HAPPY CHINESE NEW YEAR kepada semua kawan chinese Om. Hihihihih.. Ang pau untuk Om ada tak?

Entri pada hari jumaat yang barakah ini, Om nak menyuarakan satu cadangan,
Om nak tubuhkan kelab blogger. Om sendiri pun pernah join kelab blogger tapi tidaklah begitu aktif. 

Kelab ini Om tubuhkan dengan tujuan, untuk mengeratkan silaturrahim. Manalah tahu kot kot boleh jadi bestfriend even melalui social media. Lagipun kita kan dah lama kenal. 

Melalui kelab ini nanti, mungkin kita boleh lalukan projek amal, seperti mengagihkan makan percuma kepada gelandangan, melawat ke rumah orang tua-tua dan mungkin kita boleh pupuk semangat kesukanan dalam kelab blogger itu nanti. Kalau Om tubuhkan kelab tersebut tapi tiada sokongan dan juga ahli, memang tak best lah ye dok?

Kalau korang rasa nak bagi pandangan atau cadangan, korang boleh lah komen di bawah. Om sedia mendengar, kot kot niat Om ni betul betul menjadi, wahhh its a great thing to me. 

negatif atau positif komen itu, Om sedia mendengar, don't worry, Om takkan marah.