Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Eh Betul Ke? Punca Jerawat Dikaitkan Dengan Organ Dalaman. | Daku geram kot sejak habis practical, masalah jerawat makin menjadi jadi pulak. Nak kata daku ni stress, tak selalu stress pun. Sikit jelah. Kata orang, punca jerawat ni dikaitkan dengan organ badan. Daku tak berapa pasti. Kalau ye, memang organ dalaman daku bermasalah. Daku ni bukan suka minum air kosong. 

Even badan kitaa ni memang wajib dan sangat perlukan air, sebab itu kita digalakkan minum air kosong sebanyak 2 liter. Kan? Daku tak ikut pun, makan pun tak berpantang sangat dan bila jerawat tumbuh dekat muka ha barulah nak marah diri sendiri. Siapa ada masalah jerawat, sila komen di bawah ye.

Organ Dalaman Punca Naik Jerawat?




#1 Punca Jerawat Di Atas Dahi

Jerawat yang berada di bahagian atas dahi kebiasaannya dikaitkan dengan masalah pencernaan. Ya daku alami masalah pencernaan, nak buang air besar dua kali sehari pun susah tau. Ini sangat tidak bagus untuk diri kitaa sendiri, jangan ikut perangai daku tau! Korang kena kurangkan makan makanan yang diproses dan berlemak. Ya I'm one of the fans of the McDonalds or KFC. Korang digalakkan banyak meminum air kosong dan makan makanan sejuk seperti lobak.

#2 Punca Jerawat Di Bawah Dahi


Jerawat yang berada di bawah dahi dikaitkan dengan fikiran dan rohani. Hahahahaa... jerawat kan dahi Om penuh kot tak kira bawah atau di atas dahi. Arghhhh stressss! Ia juga disebabkan oleh corak tidur yang tidak tetap, peredaran darah yang tidak elok dan juga tekanan atau kemurungan. Hahahaha rasanya punca punca itu semuanya Om ada. so funny! Jadi korang kenalah pupuk tabiat tidur awal seelok-eloknya sebelum pukul 11 malam dan lakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan dan kemurungan.

#3 Punca Jerawat Di Bahagian Kening


Kalau korang ada jerawat di bahagian kening, itu dikaitkan dengan hati. Korang kena jauhkan alkohol, makanan berminyak dan produk tenusu. 


#4 Punca Jerawat Di Hidung

Bagi di bahagian hidung, ianya dikaitkan dengan jantung. Korang wajib kurangkan makan makanan pedas atau berbau, kopi dan daging. Jadi untuk elakkan jerawat ada di hidung korang, korang lakukanlah aktiviti yang mengurangkan tekanan dan banyakkan hirup udara segar. Untuk di bahagian telinga, kebiasaannya ia dikaitkan dengan masalah buah pinggang. Korang digalakkan untuk perbanyakkan minum air kosong dan sila kurangkan garam dan kaffien. Ingat! Tak bagus untuk kesihatan. 

#5 Punca Jerawat Di Pipi


Biasanya jerawat ni akan ada bi bahagian pipi, terutama pipi Om lah. Kadang 4 jerawat sekali ada. Dah macam diorang berjanji nak hidup bersama. Tak boleh blah. Di bahagian pipi dikaitkan dengan masalah paru-paru. Ia juga dikaitkan dengan alahan, merokok. Sila bersihkan bantal dan telefon bimbit. 

#6 Punca Jerawat Di Dagu 


Jerawat di tepi dagu juga dikaitkan dengan masalah buah pinggan dan sistem reproduktif wanita. Ia juga dikaitkan dengan masalah kitaran, ketidakseimbangan hormon dan tekanan. Jadi, korang perlu cukup tidur sekurang-kurangnya 7 atau 8 jam dan seperti biasa, perbanyakkan minum air kosong. 



Tempat kegeraman jerawat yang selalu tumbuh dekat muka daku adalah di bahagian dagu. Di bahagian dagu ia dikaitkan dengan banyak makan makanan segera dan sembelit. Korang amalkanlah makan makanan yang berserat tinggi. 

Jadi nak muka tanpa jerawat, janganlah malas untuk berusaha okay. Sila  dan sila amalkan pemakanan yang seimbang. Itu sahaja yang mampu daku kongsikan, jadi kalau korang ada petua untuk hilangkan parut jerawat dan sekutunya, boleh lah komen di bawah.

Selamat membaca semua!