Aku masih tunggu.
Tapi entah sampai bila.

Aku masih hargai kisah lama kita.
Entah kau masih peduli atau tidak ya.

Aku keliru.
Sama ada untuk terus jalan dan lupa,
atau tunggu kau untuk datang menjelma semula.

Cuma satu hal yang kau perlu tahu,
tunggu itu sakit.
dan aku sedang sakit.
Teruk,
Kronik.
Dan mungkin hampir mati.

Aku tak perlu "tunggu" kau.
Sebab aku perlu pergi.
Aku tak butuh berpaut pada tali lagi
Aku lepaskan
sebab aku mahu lega.

Ya lega !

 kalau lepaskan boleh buat kita lebih lega.