TITAN SUMMIT 2021 KISAH KEJAYAAN USAHAWAN IRAH SUKRI GLOBAL SDN BHD

Bismillah.
Assalammualaikum. 

TITAN SUMMIT 2021 KISAH KEJAYAAN USAHAWAN IRAH SUKRI GLOBAL SDN BHD | Seronok juga sebenar bila kita baca kisah dan perjalanan susah senang seorang usahawan. Apatah lagi usahawan itu terdiri daripada kaum bumiputera yang menapak dalam dunia bisnes di Malaysia ni. Cukup kagum sebenarnya tau!



Bagi aku, berniaga ni bukanlah suatu perkara yang mudah. Aku sendiri pun seorang peniaga, agak memenatkan juga apabila berniaga sambil bekerja sepenuh masa. Tapi bagi aku, ini semua wujud apabila seronok menuai sesuatu yang memberikan hasil.

Meniaga ni juga perlu ada minat yang mendalam. Mesti ada matlamat, ketelitian, perancangan dan semangat tinggi untuk tempoh segala onak duri yang bakal melanda dalam sebuah perniagaan. Sebab itu, aku jadi kagum apabila ramai bumiputera yang sudah berjaya bergelar usahawan. 

Haa, meh aku nak kongsikan perjalanan salah seorang usahawan daripada titan richworks yang berjaya hasil daripada bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman iaitu Pn Irah Sukri, pengasas Irah Sukri Global Sdn Bhd.





JATUH BANGUN DALAM PERNIAGAAN IRAH SUKRI GLOBAL SDN BHD


Dalam sebuah perniagaan sudah pastinya ada jatuh dan bangun. Ada masa kita jatuh teruk. Ada ketika kita bangkit bangun. Disitulah aku tertarik dengan kisah perjalanan usahawan Irah Sukri

Orang Kelantan mesti kenal dengan Irah Sukri ni kan? Terutamanya yang berada di Kota Bahru, Kelantan. Pada tahun 2016, beliau hanya seorang peniaga biasa di Pasar Siti Khadijah yang terletak di Kota Bharu Kelantan. 


Beliau hanya mengharapkan pelanggan datang ke kedai untuk membeli dan terpaksa bersaing dengan peniaga lain yang menjual produk yang sama.

Sales perniagaan beliau meningkat hanya apabila tiba musim cuti sekolah kerana dengan adanya pelancong dari negeri luar. Sales beliau susah untuk meningkat jika bukan musim cuti sekolah, ini kerana beliau terpaksa bersaing 


TAHAP PENCAPAIAN SEPANJANG MENYERTAI TITAN RICHWORKS


Pada tahun 2017, beliau mula menyertai seminar iaitu Intensif Magnet Kejayaan & Kejayaan (IMKK). Setelah menghadiri seminar, beliau mula sedar dengan potensi bisnes yang diusahakan boleh dikembangkan lagi. Beliau juga hadir ke Program MMM dan memahami ilmu marketing.

Pada tahun 2018, bisnes beliau semakin meningkat dan pelanggan semakin ramai. Setelah menyertai program, beliau mula faham tetang cara pemasaran secara online dan mula membina follower dan pelanggan melalui sosial media dan semakin dikenali. Beliau sudah semakin jelas tentang pentingnya untuk ada brand sendiri. Pencapaian jualan beliau sudah hampir 7 angka pada tahun 2018.



Sales perniagaan beliau sudah mula menghasilkan peningkatan kepada RM100,000 sebulan. Beliau juga menyertai Titanium Circle dan beliau lebih memahami cara menguruskan bisnes. Bisnes Irah Sukri kin semakin maju dan memerlukan kedai yang lebih besar untuk simpan stok. Irah Sukri Global Sdn Bhd kini sudah memiliki 1 unit kedai, pejabat pengurusan dan mempunyai lebih daripada 20 orang staf. Perniagaan belaiu juga beroperasi secara online 100% pada tahun 2019.

Beliau juga sudah mula konsisten buat live untuk memasarkan produknya hingga mendapat pelanggan dari Brunei dan Singapura. Tahun 2019 ini juga, beliau sudah mempunyai staf yang boleh menguruskan akaun dan beliau sudah mula membayar cukai. Lagi menariknya pada tahun tersebut, beliau juga berjaya membeli sebuah rumah menggunakan nama sendiri. Wah seronoknya boleh beli rumah  dengan hasil titik peluh sendiri. 


SALES DROP KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


Bayangkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Puan Irah Sukri antara yang terkesan kerana kurangnya orang yang membeli kain pasang. Tetapi berkat ilmu yang dipelajari dalam program-program yang disertai, beliau tetap konsisten berbisnes scara online, malah bertambah fokus dengan bisnes dan produk yang sama. 

Team beliau juga semakin ramai dan beliau mula melantik key leaders sedia ada serta mula percaya untuk delegate kerja kepada leader untuk manage. Sekarang, beliau tidak lagi bergantung kepada FB live untuk hasilkan jualan.  



PERKONGSIAN KISAH 100 USAHAWAN JUTAWAN DI TITAN SUMMIT 2021 - 10X BINA BISNES BERJAYA PADA 24-26 SEPTEMBER 2021


Kisah pengalaman dan kejayaan Irah Sukri ini adalah antara kisah inspirasi kejayaan anak tempatan dalam menjalankan perniagaan yang terdapat dalam program Titan Summit 2021 10x Bina Bisnes Berjaya yang dianjurkan oleh RichWorks Academy bersama bimbingan mentorship Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan nama Datuk Wira Dr Azizan Osman ini. Beliau merupakan seorang Mentor Usahawan dan Pakar Pemasara No.1 Asia. Di dalam program ini, seramai 100 usahawan jutawan anak didik RichWorks akan dihimpunkan bagi mengongsikan kisah dan pengalaman mereka. Terdiri daripada 20 industri yang berasal seluruh Malaysia termasuk Australia, Singapura dan Indonesia.



Himpunan jutawan ini juga bagi memberikan inspirasi dan harapan kepada usahawan lain malah anggota masyarakat di luar sana, bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh mencabar ini. 

Program Titan Summit 2021 ini terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada 24 hingga 26 September nanti dan akan dijalankan secara webinar.

Oleh itu, bagi korang yang berminat untuk menyertai Program Titan Summit 2021 ini boleh membuat pendaftaran di :

DAFTAR SEKARANG PROGRAM TITAN SUMMIT 2021

Inilah masanya untuk korang yang nak majukan atau kembangkan bisnes. Semoga berjaya!


HUBUNGI KAMI :

Richworks International Sdn Bhd,
No. 77, Jalan Badminton 13/29,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam Selangor

www.richworks.com

Untuk Maklumat Lanjut, Gambar/Video Hubungi 
Tel : +6016 323 4686 (Perhubungan Awam & Media - Md Azrin)
Emel : azrin.richworks@gmail.com / azrin@richworks.com


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Tak sabar nak dengar sendiri perkongsian irah di Titan Summit 2021 nanti. Sangat terinspirasi

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!