Penjual Tudung Bawal Anti Kedut Fareha Terbaik Telah Di Jumpai !!!



Bismillah.
Assalammualaikum.

Penjual Tudung Bawal Anti Kedut Fareha Terbaik Telah Di Jumpai !!! | Sebelum ni aku tidak berapa minat dengan tudung bawal, satunya sebab awning sentiasa ke sana kesini, langsung tak bagi kerjasama pada aku untuk cantikkan awning tu. Lipat belah kiri, belah kanan pulak gelembung. Akhirnya aku memilih pakai shawl. 

Aku pun tak tahu dari mana aku boleh terjebak dengan tudung bawal anti kedut fareha ni, yang pastinya sudah setahun aku bersama dengan tudung bawal ni. Setiap kali keluaran, aku lah orang pertama yang akan beli hot design fareha. Setahu aku tudung bawal anti kedut fareha, bila sold out takkan ada lagi restock.

Kau bayangkan aku ada tertarik dengan satu hot design awal januari 2020, sekali aku tanya harga preloved, RM150 gais. Menangis tau nak bayar, sebab tu, aku takkan jual hot design fareha, sebabnya sampai bila bila fareha lovers akan hunting tau.



Percaya ataupun tidak, tudung berwarna merah yang aku pakai ini harga mampu milik, RM27 sahaja sehelai. Yess!! Harga mampu milik sangat-sangat! Tudung ini diberi nama Reagan SE Raya dan ia datang dalam bidang 45 dengan 20 jenis corak dan pilihan yang menarik.  Setiap design baru akan keluar pada tiap tiap bulan. Oh lupa! Code Reagan ni 1 hari dah sold out satu Malaysia. 

Soal harga ni, siapa yang tidak suka berbelanja dengan kadar yang paling minima. Tapi, bagi aku harga ni aku letak pada no 2. Selagi aku pakai tudung tu selesa dan mematuhi syariah, aku tak kesah nak beli dengan harga sekian sekian. RM27 pejam mata je bayar, sebab aku yang nak pakai bukannya orang lain. Buat apa nak kedekut dengan diri sendiri.

Apa yang membuatkan aku semakin suka dengan tudung bawal anti kedut fareha, buka je plastik terus pakai dan awningnya masih on point. Biasanya perempuan ni suka gosok tudung dulu baru pakai, tapi bagi tudung ni, boleh terus pakai walaupun tak bergosok. Memudahkan urusan aku yang nak cepat.  



Seller Tudung Bawal Anti Kedut Fareha Terbaik di Shopee - Lisz Legacy 


LISZ LEGACY, itulah namanya dan Lisz Legacy ini juga merupakan trusted seller tudung bawal anti kedut fareha yang semakin terkenal di lawan web Shopee. Ia hanya menjual tudung bawal anti kedut fareha berkualiti dengan servis yang terbaik.

Dengan pembelian 2 helai tudung, korang dah boleh dapat free kotak tudung tau. Kotak tudung dah lah besar, design pun lawa. Boleh juga claim free shipping di kedai Lisz Legacy. Rating pun 4.9/5, kiranya dah terjamin terbaik bila beli tudung bawal anti kedut fareha. Korang tak perlu risau, walaupun hanya membeli 1 helai tudung, korang masih dapat free gift pin tudung. Ini yang aku suka. Beli 5 helai, 5 pin tudung dapat. Seronok kan?



Selain itu, Lisz Legacy juga turut membuat servis gift box tudung. Korang boleh hadiahkan pada insan yang tersayang. Korang tak perlu pening nak pilih hadiah apa untuk hadiahkan pada insan tersayang, cuma pilih 1 atau 2 helai tudung, buat pembayaran dan Lisz Legacy akan berikan servis terbaik untuk korang. Dah tentu tau mereka akan suka, terutama hadiah tudung ni. Barang wajib kaum wanita guna.  

Apa pendapat korang dengan Lisz Legacy? Alhamdullilah setakat ni layanan dan servis penghantaran adalah sangat cepat. Hari ni pos tudung, besoknya sudah sampai. Moga-moga Lisz Legacy boleh kekalkan servis mereka dengan baik agar memudahkan fareha lovers untuk membeli koleksi terbaru akan datang.

Jom kita shopping tudung bawal anti kedut fareha di Lisz Legacy. Happy shopping semuaaaaa....


LISZ LEGACY RESOURCES



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wah menariknya . Kejap lagi nak terjh seller tu . Cantik packaging siap ada kotak

    BalasPadam
  2. Cantik. Kita pun suka pakai. Senang bentuk

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!