Wordless Wednesday - Anak Demam Panas?

Bismillah.
Assalammualaikum.

Wordless Wednesday - Anak Demam Panas? | Bila anak demam panas, dah tentu ibu bapa risau. Kadang buntu tak tahu nak buat apa. Orang akan cakap, ha bawaklah klinik tapi kalau situasi tak mengizinkan, apa kita nak buat, betul tak?


Elakkan lakukan 2 perkara ni masa anak kita tengah demam panas :

  • Jangan mandikan dengan air panas atau air sejuk
  • Jangan pakaikan baju yang tebal atau selimtukan dia satu badan

Before this, daku mandikan Luth dengan air sejuk tapi masih lagi suhu tinggi. Mak bising tau sebab mak kata boleh jadi sawan demam. Bila kita buat dua perkara di atas, semua tu buatkan suhu tubuh badan anak jadi makin tinggi dan berisiko menyebabkan sawan demam.


Jadi apa nak buat?

  • Suapkan ubat demam. Paling kerang, boleh berikan setiap 4 jam sekali.  
  • Basahkan badan anak dengan air paip biasa
  • Pakaikan anak diapers sahaja pun dah okay atau baju yang berlubang-lubang


:white_check_mark:
Kredit : Link ke Telegram Dr ALB:
:arrow_right: https://t.me/notaALB

Catat Ulasan

2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!