Terima Kasih Untuk 1,000,000 Pageviews

Bismillah.
Assalammualaikum.

Terima Kasih Untuk 1,000,000 Pageviews | "Usaha takkan mengkhianati hasilnya", rasa gembira sangat sangat hari ni. Tak sangka sepanjang 10 tahun jadi blogger, inilah moment yang dinanti nantikan dalam hidup aku. Bermula dengan fenomena "Irine Nadia Marcello" 12 tahun lepas, terus tergerak hati nak jadi seorang blogger. Nak kongsikan apa jua cerita pada orang di luar sana. 

Jika 12 tahun lepas, aku fokus dengan blog ini, dah tentu setaraf dengan Lyssa Faizureen, Hasrul Hassan, Cik Epal, Hanis Zalikha. Ye nama ni masa awal awal naikkan seorang blogger tapi sekarang blogger dipandang enteng. Tapi disebabkan situasi yang tidak mengizinkan, aku mula fokus blogging semenjak join BITERS.

Aku join Biters since tahun lepas lagi, rasanya dah setahun join. Masa tu join, blog aku baru dapat 100K pageviews. PKP pulak mendorong untuk pageviews naik, ingat lagi bila pv cecah 11K sehari, eh jakun tau. Sebab sebelum ni tak dapat pun. Dengan bantuan biters, Kak Sis Hawa dan juga blogger lain, hari ni alhamdulillah blog aku dah cecah 1,000,000 pageviews.




Di sini, aku nak ucapkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada korang yang sentiasa menyokong blog aku ni. Rasanya tanpa bantuan korang, aku takkan rasa moment 1 juta ni dan tanpa bantuan korang jugak aku tak segigih ni nak fokus dengan blogging walaupun aku seorang pekerja swasta sepenuh masa.

Selepas ini, aku berazam untuk sentiasa fokus dan kejar azam aku yang seterusnya iaitu 2 juta pageviews sebelum tahun depan dan ada beberapa lagi azam aku untuk blog ni. In shaa Allah aku akan lebih fokus dan kongsi cerita menarik pada korang semua, pembaca setia blogku!

Teruskan Menyokong Blog Ombak Bergigi

Akhir kalam, teruskan menyokong blog ini. Sekiranya korang ada terbaca mana mana entri yang boleh menyinggung mana mana pihak atau mungkin ada artikel yang aku lupa nak kreditkan ke penulis asal, boleh email pada ku, sufiamukhriz@gmail.com

Terima kasih semua!




Catat Ulasan

4 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!