Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H | 2021M


Bismillah.
Assalammualaikum. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H | 2021M | Semalam dah tergerak hati nk post entri memandangkan dah dua hari tak update. Tapi tulah, beratnya tangan nak on laptop. Tu yang hari ni daku gagahkan jua on laptop, risau juga bila pv drop banyak. Sayanglah dekat pv, daku ni dok kejar je bila nak 1 juta pageviews. 

Raya pertama dah pun berlalu, kan? Ha macam mana beraya di dalam suasana PKP? Eh geram jugak tau bila PM tiba tiba umumkan seluruh Malaysia PKP, baru berhajat raya pertama nak beraya rumah sedara mara dan kawan kawan terdekat. Sekali PKP lah. 

Walaupun kita PKP, jangan pulak sampai tak ada mood nak beraya. Peduli lah eak, janji nak raya jugak. Alhamdulillah syukur, suami yang keje di Port Dickson dapat balik, kami kan PJJ. So tiada alasan untuk polis tidak benarkan balik. Tapi bila dah balik ni, kami tak nak salah guna kebenaran yang telah diberi oleh polis tu.



Maka berayalah kami sebagai ibu bapa untuk raya pertama kami tahun ni. Tahun ni kalau diikutkan tema baju batik tapi mak tak ada mood nak menjahit, daku pun belilah baju raya untuk suami dan Luth. Rambang mata eah kalau pilih baju raya. Adui, mula tu nak amik kuning mustard tapi saiz Luth pulak tak ada.

Akhirnya, grab jelah warna apa yang ada. Janji satu color ade semua saiz yang nak. Raya ni tak perlu nak memilih, janji berganti baju raya sudahlah, kan? Korang tengoklah baju raya kami, simple sahaja. Tak perlu nak macam pengantin. Baju raya kalah baju pengantin. Hehehehe.

Pagi raya pertama, jujurlah kami keluar sekejap untuk ambil gambar ootd. Risau jugak takut polis nampak. Selesai je ootd, terus balik. Itu pun tak sampai 15 minit, sebab risau. Kang tak memasal kena saman, mana nak cari duit. Dah lah bukan sikit. 




Di kesempatan ini juga, daku nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin" buat pembaca blog www.ombakbergigi.com. Mungkin sepanjang ramadhan dan sebelumnya ada yang terguris hati disebabkan oleh entri daku. Mohon maaf ye, salam kosong kosong.

Selamat Hari Raya, semua!

Catat Ulasan

7 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!