10 ANEKA RESEPI KERABU YANG SENANG DAN MUDAH UNTUK DIBUAT

Bismillah.
Assalammualaikum.

10 ANEKA RESEPI KERABU YANG SENANG DAN MUDAH UNTUK DIBUAT | Dulu masa sekolah rendah, gigih tau aku join pertandingan buat kerabu antara sekolah sekolah. Masa tu juga macam macam jenis kerabu. Sekarang pula, aku kerap makan kerabu mangga, kerabu maggi dan kerabu kaki ayam.

Dulu geli tau nak makan kerabu kaki ayam tapi sekali mak buat, hilang terus rasa geli tu. Dok sedap je menambah, mak buat kan, mana tak sedapnya. Esok dah lockdown, buat kakak kakak yang di rumah tu, boleh cuba buat resepi kerabu yang senang dan mudah ni. Barang barang pula memang dah ada kat dapur dah pun.

Di bawah ni aku dah kongsikan 10 aneka resepi kerabu yang senang dan mudah untuk dibuat. Cuma kakak kakak sekalian memerlukan kerajinan untuk membuatnya. In shaa Allah sedap dan dah tentu suami dan anak anak akan suka. 

10 Aneka Resepi Kerabu Yang Senang Dan Mudah Untuk Dibuat 




Jom kita cuba dan buat resepi kerabu yang senang dan mudah ni, teruskan pembacaan dan selamat mencuba semua. 

#1 KERABU BETIK MUDA


BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji betik muda  |  sagat dan celur
  • 2 biji cili merah  |  mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar |  mayang halus
  • 2 batang serai muda  |  mayang halus
  • 1 sudu makan perahan limau
  • Garam dan gula secukupnya
  • Kacang tanah panggang cincang secukupnya

CARA MEMASAK:


1 - Satukan semua bahan di dalam mangkuk.

2 - Gaul sebati kesemuanya.

3 - Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.

4 - Tabur kacang panggang cincang di atasnya. Sedia dinikmati.




#2 KERABU CAMPURAN KEKACANG


BAHAN-BAHAN:

  • 5 batang kacang botol | hiris halus
  • 5 batang kacang buncis  | hiris halus
  • 5 batang kacang panjang | hiris halus
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 3 sudu makan kelapa parut (putihnya sahaja)
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan ikan bilis | sangai dan tumbuk kasar
  • ½ biji limau nipis | perah airnya
  • Garam dan gula secukup rasa


CARA MEMASAK:

1 -Di dalam mangkuk kecil, satukan kelapa dan kerisik. Gaul sebati.

2 - Di dalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan lain. Gaul rata.

3 - Masukkan campuran kelapa dan kerisik tadi lalu gaul sebati.

4 - Tambah perahan limau dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Hidangkan segera.



#3 KERABU DAGING LIMAU PURUT


BAHAN-BAHAN:

  • 200gm daging
  • 1 biji tomato hijau | hiris
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai muda | mayang halus
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi | perah airnya
  • 3 helai daun limau purut |  hiris halus
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:


1 - Daging direbus empuk dan hiris nipis.

2 - Satukan tomato hijau, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.

3 - Tambah daging rebus berserta hirisan daun limau purut dan kaup-balikkan sebati.

4 - Tambah garam, gula secukup rasa. Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.





#4 KERABU JANTUNG PISANG KERISIK


BAHAN-BAHAN:

  • 1-2 biji jantung pisang  | rebus empuk dan hiris
  • 2 biji tomato | cincang nipis
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 sudu makan kerisik
  • ½ sudu makan air asam
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:


1 - Satukan semua bahan di dalam mangkuk.

2 - Gaul sebati kesemuanya.

3 - Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.

4 - Jika suka boleh tabur kacang goreng tumbuk di atasnya.



#5 KERABU SOTONG SIAM


BAHAN-BAHAN:

  • 300gm sotong | potong kecil dan celur
  • 1 biji tomato | cincang nipis
  • 2 biji cili merah |mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai | mayang halus
  • 1 sudu makan cincangan daun ketumbar
  • 1 sudu makan air perahan limau nipis
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:

1 - Satukan semua bahan di dalam mangkuk.

2 - Gaul sebati kesemuanya.

3 - Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.




#6 KERABU SUHUN KACANG GAJUS


BAHAN-BAHAN:

  • 200gm suhun | rendam dan celur
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 2 batang serai muda | mayang halus
  • 1 sudu makan perahan limau
  • Garam dan gula secukupnya
  • Cincangan kacang gajus panggang secukupnya
  • Bijan hitam panggang secukupnya


CARA MEMASAK:

1 - Satukan semua bahan di dalam mangkuk.

2 - Gaul sebati kesemuanya.

3 - Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.



#7 KERABU TAUGE  KASAR DAN SOTONG KERING


BAHAN-BAHAN:

  • 200gm tauge kasar
  • 5 ekor sotong kering | hiris kecil, rendam  dan  goreng
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 2 batang kacang panjang | hiris nipis
  • 2 biji cili merah |hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi | perah airnya
  • 1 sudu makan kelapa parut | panggang
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:

1 - Tauge kasar dibersihkan, celur sebentar dan toskan.

2 - Satukan tauge kasar, sotong, bawang besar, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.

3- Tambah kelapa panggang dan kaup-balikkan sebati.

4 - Tambah garam, gula secukup rasa.

5 - Tambah perahan limau kasturi dan gaul.  Sedia dihidangkan.



#8 KERABU TAUHU UDANG KERING


BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping tauhu
  • 3 sudu makan udang kering
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar |  mayang halus
  • 1 sudu makan kelapa panggang
  • ½ sudu makan air perahan limau
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:


1 - Tauhu dihiris nipis dan goreng manakala udang kering ditumbuk kasar dan sangai kering.

2 - Satukan semua bahan di dalam mangkuk.

3 - Gaul sebati kesemuanya.

4 - Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.



#9 KERABU TOMATO BILIS


BAHAN-BAHAN:

  • 200gm ikan bilis
  • 1 biji tomato hijau | hiris
  • 1 biji tomato merah | hiris
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 1 batang serai muda | mayang halus
  • 2 biji cili merah | hiris nipis
  • 4-5 biji cili padi | hiris nipis
  • 2 biji limau kasturi | perah airnya
  • Garam dan gula secukupnya


CARA MEMASAK:


1 - Ikan bilis digoreng garing dan toskan.

2 - Satukan tomato hijau, tomato merah, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.

3 - Tambah bilis goreng dan kaup-balikkan sebati.

4 - Tambah garam, gula secukup rasa.

5 - Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.





#10 KERABU UDANG SERAI


BAHAN-BAHAN:

  • 200gm udang segar | kupas dan celur
  • 2 biji cili merah | mayang halus
  • 4 biji cili padi | mayang halus
  • 1 labu bawang besar | mayang halus
  • 2 batang serai muda | mayang halus
  • 1 sudu makan perahan lemon
  • Garam dan gula secukupnya
  • Cincangan daun ketumbar secukupnya


CARA MEMASAK:

1 - Satukan semua bahan di dalam mangkuk.

2 - Gaul sebati kesemuanya.

3 - Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.

4 - Jika suka boleh tabur bawang goreng di atasnya.




10 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. macam-macam ha... pandai makan jer .. takpandai buat hahah. azni selalu mkn kerabu ikan kembung dkt 1 kedai thai. sedap yakmat

    BalasPadam
  2. Olwau bermacam je is kerabu ada.. Saya suke

    BalasPadam
  3. banyak2 kerabu tu, kerabu betik muda kak pip suka.

    BalasPadam
  4. memang sedap kerabu ni.rina ni jenis gila kerabu!

    BalasPadam
  5. Yumsss sedapnye kerabu. Terliur tengok

    BalasPadam
  6. Tu dia resepi kerabu dah sampai. Biasa saya suka buat kerabu ikan dengan kerabu mangga. Hehe. Tapi suami suka kerabu sotong.

    BalasPadam
  7. Byak rupanya jenis kerabu nie kan.. sy tak pernah makan

    BalasPadam
  8. FEveret ccl jugak . Macam2 jenis kerabu yg ada

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama