Tazkirah Ringkas #39

 Assalammualaikum.
Bismillah.


Siapakah golongan yang rugi setiap kali bertemu Ramadhan? | Jom kita baca.


1. Mereka yang dipanjangkan umurnya bertemu Ramadhan TETAPI TIDAK melakukan apa apa persiapan dan perancangan amal.

2. Mereka yang membiarkan hari hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja TANPA bersedekah jariah.

3. Mereka yang menunggu nunggu waktu berbuka puasa TANPA berdoa padaNYA saat saat mustajab berdoa.

4. Mereka yang bangun sahur TANPA memberikan masa untuk mendirikan sekurang kurangnya 2 rakaat solat sunat.

5. Mereka yang sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadhan TETAPI kurang mendekatkan dirinya dengan Al-Quran.




6. Mereka yang memiliki masa lapang yang panjang/banyak TETAPI tidak berusaha untuk menambah amal soleh/ amal kebajikannya.

7. Mereka yang memiliki kesihatan yang baik TETAPI tidak bersungguh sungguh menghidupkan Ramadhan.

8. Mereka yang cukup harta untuk berbelanja, makan pakai dan lain lain TETAPI tidak berusaha untuk menjamu orang lain berbuka puasa.

9. Mereka yang banyak melalukan dosa TETAPI tidak merebut kesempatan memohon keampunan dengan ALLAH SWT.

10. Mereka yang hanya bersemangat melakukan amal di awal Ramadhan TETAPI luntur semangatnya di hujung Ramadhan.


Jadi, fikir-fikirkanlah.




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Alhamdulillah, terima kasih reminder nya :) Semoga Ramadan tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya :)

    BalasPadam
  2. bgun sahur tanpa dirikan solat sunat ... hmmmm mmg tak pernah :(

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!