7 Bulan Luth Isyraf Pandai Apa Je?

 Assalammualaikum.
Bismillah.

7 Bulan Luth Isyraf Pandai Apa Je?  | Macam tak percaya, dulunya kepala sebesar tapak tangan kini dah lebih besar. Dulunya tak reti nak bergerak, sekarang pantang lepas, satu rumah nak bergerak. Cepat sangat masa berlalu, lama-lama bau syurga dah semakin hilang. Arghhh jadi rindu hari pertama Luth Isyraf hadir dalam dunia ni. 

Hari ni 5.4.2021, genaplah usia anak daku 7 bulan. Macam tak percaya kan? Dah jadi ibu selama 7 bulan walaupun bukan sepenuh masa tapi daku cuba cari masa lebih untuk Luth. Orang kata, anak lagi penting daripada kerja. Betul tu tapi dua dua kena seimbang. Kerja tetap kerja, anak tetap anak. 

Selama 7 bulan jaga Luth, tak pernahlah Luth meragam teruk. Setiap kali kena cucuk je, Luth jadi manja terlebih dan baru baru ni gigi atas keluar, lagilah manja. Sampai tokmak pun takut nak bagi tahu Luth selsema disebabkan oleh tumbuhnya gigi. Daku ni sibuk kerja, abahnya pulak nun jauh di Melaka. Apa-apa berlaku pada Luth, mesti cepat cepat balik tengok Luth.



7 bulan ni Luth dah pandai apa je? Luth sekarang ni tengah fasa nak berdiri, sibuk nak berdiri kat kaki makcik makcik dia kat rumah. Kadang tengah pakai tudung, sibuk jugaklah dia nak berdiri dengan pegang kaki daku. Sekarang ni juga, dah complete 3 batang gigi, tunggu 1 batang je lagi gigi atas nak tumbuh. Habislah breast kene gigit dengan gigi dia. Hahahaaha.

Bila kita ni panggil nama dia, sepantas kilat mesti tengok. Eh eh dia ni, kadang tu dah pandai dah buat muka. Masa umur 6 bulan, Luth jugak dah pandai dah duduk menyenget sambil bertongkatkan tangan dia. Kadang tongkat tangan kanan, dan kadang tu tongkat tangan kiri. Merangkak pun dah lebih 10 langkah, cuma tu lah masih tak betul lagi merangkaknya, sampai tertonggeng tonggeng. 

Semenjak dah boleh makan ni, tok mak dia suka bagi biskut, lagi lah Luth suka gigit biskut tu. Sampai hancur dibuatnya. Semalam daku cubalah bagi bubur brokoli, buburnya di wek wek kan tapi brokoli bagi sebiji, habis digigit. Rasanya bulan ni kena bagi finger food, bubur cuma bagi sikit sikit je. Daku nak Luth belajar pegang barang barang, tapi pegang botol susu pun dia dah expert. Adui, cepat betul.

Memang betul pun, bila baby dah semakin besar, dia jadi kurang tidur dan banyak main. Ye memang betul sangat. Luth pun sekarang fasa kena paksa tidur, baru tidur. Kalau tak sehari, dia sanggup main. Bila mata dia terlalu ngantok, ha barulah nak tidur. 



Since umur Luth 1 bulan lebih, daku dah ajar dan tunjuk 'flash card'. Memang betul apa yang Dr.Sheikh ajar pada anak anak beliau. Flash card sangat bagus ajar sejak dari lahir. Tummy time pun sama, walaupun pernah kena bising dengan tok mak, tapi daku buat dalam pengawasan daku. Tak buat tummy time ni kalau Luth tak selesa. Sekarang, bila tunjuk je flash card, tak kesahlah gambar insect ke, planet ke, secara automatik Luth fokus dan tak merengek. Sampai 15 minit pun, mata Luth masih ralit dengan flashcard tapi paling Luth tak suka, tengah syok syok main flashcard tu ada orang kacau. Terus buat moodnya hilang. Hehehehe.

Satu je daku nak ingatkan, jangan sesekali bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Kalau anak orang lain tak advance macam anak kita, just keep silence. Sebab perkembangan bayi ni semuanya tak sama dan berbeza-beza. Belajar bersyukur dan nikmati rezeki Allah bagi tu. So ingat tu wahai ibu! 

Catat Ulasan

0 Ulasan