Wordless Wednesday - Sedekah Tidak Membuat Mu Miskin

 Assalammualaikum.
Bismillah.

Wordless Wednesday - Sedekah Tidak Membuat Mu Miskin | Orang kata, nak sedekah tu, sedekah jelah tak perlu pun nak update di media sosial. Bagi daku, untuk kebaikan dan menyeru orang lain turut bersedekah tu tak salah. Janji nawaitu yang betul.



Al-kisahnya, semenjak ada Luth Isyraf, daku memang dah amalkan bersedekah. Sebab rasa diri ni tak banyak sangat saham akhirat. Mana tahu hari ini, esok atau lusa meninggal, saham akhirat lagi penting dari saham dunia. Prepare awal awal lagi elok, nanti dah tua baru sibuk nak buat saham akhirat.

"Bukan rezeki kau yang sempit, tapi sedekah kau yang sedikit"

Memang betul, bila kita kerap sedekah, rezeki tu memang Allah bukakan seluas-luasnya. Selama meniaga tudung fareha dalam shopee, selalu buntu idea nak bagi sales masuk. Cubalah sedekah, mana tahu Allah buka lagi rezeki lagi.

Hari ni kita sedekah, hari ni juga Allah boleh bagi apa yang kita sedekahkan tu. Percayalah, sedekah tidak membuatkan kita miskin. 

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Betul, semuanya atas nawaitu kita kalau kita update di sosial media. Tapi sedekah takkan pernah memiskinkan kita :)

    BalasPadam
  2. Sedekah mengkayakan kita dengan pahala.

    BalasPadam
  3. Bersedekah dengan iklhas..
    insyallah pahala kita dapat..

    salam awak... kita datang jenguk sini jap..
    omel nya baby... awat serius sgt tu hahaha:p

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. perkongsian yang mampu menjentik hati. Saya turut sama terinspirasi.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.. amalan itu yang sering didengari sejk dua menjak tu. Doakan agar sentiasa istiqamah. :)

    BalasPadam
  6. Setuju, sedekah juga buka pintu rezeki untuk kita

    BalasPadam
  7. hari Jumaat ni mmg sesuai bersedekah sbb pahalanya digandakan 10 kali. In Shaa Allah..

    BalasPadam
  8. tak miskin kalau kita bersedekah kan

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!