Wordless Wednesday - Gigi Luth Isyraf Belah Atas Dah Tumbuh

Assalammualaikum.
Bismillah.

Wordless Wednesday - Gigi Luth Isyraf Belah Atas Dah Tumbuh | Sebenarnya macam tak percaya, umur Isyraf 4 bulan setengah dah tumbuh gigi 2 batang di bahagian bawah. Patutlah masa tu, air liur meleleh, hisap jari dan habis semua benda nak masuk dalam mulut. Masa memang tak perasaan, entah macam mana, tergerak hati nak masuk jari ni kedalam mulut dia, nahh rasa tajam je kat gusi dia. Ngam ngam 4 bulan setengah muncullah 2 batang gigi belah bawah.

Gigih jugalah beli teether, biar hilang sikit rasa gatal kat gusi dia tu. Kadang breast ni jadi mangsa gigitan dia, ni baru gigi bawah belum gigi atas, mau tak menjerit kena gigit. Alhamdullilah, Isyraf gigi dia tumbuh sebelum umur 5 bulan, bulan lepas check up, nurse macam tak percaya dah ada gigi. Apa lagi terus buat appoinment dengan doktor gigi pulak.




Sekarang ni pulak, 7 bulan setengah, Isyraf start selsema dan kejap kejap demam. Rupanya dah nampak dah warna putih kat gusi bahagian atas. Patutlah kerja nak merengek je, rupanya nak completekan gigi dia atas bawah. Pernah tu, kenapa belah malam asyik nak merengek, seolah-olah dia macam tak boleh tidur, geram jugaklah sikit sikit nak bangun, tu yang mak kata, baby kalau dah mula ada gigi, susah dia nak tidur, macam kitalah, kalau sakit gigi, lena tak tidur?

Tiap malam, kalau Isyraf start je merengek, ha dah tahu dah, sama ada gigi dia gatal atau nak susu. Kadang ni tepuklah bontot dia, bagi dia lena tidur. Alahai kesian anak daku. Ginilah kan pengalaman jadi ibu, semua kena belajar, semua kena ambil tahu. Anak tu lah keutamaan pertama setelah diri sendiri.

Cepat sihat ye sayang Ibu!

Catat Ulasan

6 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!