Wordless Wednesday - Fakta GDM Yang Perlu Ibu Mengandung Tahu

 Assalammualaikum.
Bismillah.

Wordless Wednesday - Fakta GDM Yang Perlu Ibu Mengandung Tahu | Alhamdullilah sepanjang mengandungkan Luth Isyraf memang daku sifar GDM. Ngeri ye gais bila ada GDM ketika mengandung. Sebelum ni daku ada share entri pasal GDM boleh klik link ni,  http://www.ombakbergigi.com/2020/08/kenapa-perlu-minum-air-gula-ketika.html


1- Ibu menjalani ujian minum air gula (MGTT) sebanyak 2x sepanjang kehamilan.

2- MGTT pertama pada usia kandungan sekitar 16 minggu.

3- MGTT kedua pada usia kandungan sekitar 27 minggu.

4- Pada MGTT pertama, ibu perlu berpuasa dari jam 10pm hari sebelumnya sehingga 8 pagi.




5- Jam 8 pagi, Ibu perlu berada di klinik untuk nurse ambil darah. Setelah itu, Ibu tidak boleh makan lagi tapi perlu minum air gula terlebih dahulu dan berpuasa kembali selama 2 jam sehingga jam 10 pagi.

6- Sepanjang tempoh itu, ibu tidak dibenarkan makan atau minum. Air masak dibenarkan sedikit sebagai basah tekak.

7- Jam 10 pagi, ibu akan diambil darah sekali lagi.

8- Selepas ini, barulah ibu boleh makan dan minum macam biasa.

9- Keputusan ujian MGTT paling awal boleh diketahui daam hari yang sama, paling lewat (klinik akan call)

10- Result normal :

Fasting (8 pagi) : < 5.6 mmol/L
2HPP (10 pagi) : > 7.8 mmol/L

Jika result ibu melebi dari salah satu range yang ditetapak di atas, bermakna Ibu disahkan menghidapi GDM atau kencing manis semasa mengandung.

Good luck bakal Ibu !

Catat Komen

3 Ulasan

  1. bukan senangkan nak jadi ibu

    BalasPadam
  2. teringat masa mengandung, banyak baca n dengar2 orang cakap minum air gulaaa ni tak sedap laaa, sampai ada yang termuntah laa. punyaaa laaa serammm. bilaaa dah rasaa sedap jaaa airnyaaa.hehe

    alhamdulilah masa ngandung result okay. harap2 anak yang akan datang okay okay je :)

    BalasPadam
  3. Time nih la rasa nak termuntah semua ada, tahan jela sebab kalau tak kena ulang test balik huhu

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!