Tips Untuk Meringankan Blog Yang Berat, Jom Baca!

 Assalammualaikum.
Bismillah.

Tips Untuk Meringankan Blog Yang Berat, Jom Baca! | Lama tak share tips blogging dalam entri, rasanya bertahun kot baru nak bagi tips. Hari aku nak share tips blogging bagi meringankan blog. Perasan tak bila kita buka blog orang lain, macam berat je blog dia. Itu tandanya kena ringankan blog secepat mungkin. Bukan apa, aku sendiri akan auto keluar dari blog tersebut kalau blog dia terlalu berat. 

Kalau boleh, bila klik je blog orang lain, zapp terus terpapar dah tak ada dah loading-loading ni. Salah satu cara untuk tidak memberatkan blog korang, pastikan sentiasa menyemak dan membaiki broken link yang ada di blog korang, lagi mudah korang cari maklumat broken link ni di akupakarblog. Bagi korang yang nak tahu tips meringankan blog yang berat, boleh teruskan pembacaan.

JOM BACA TIPS RINGANKAN BLOG YANG BERAT

cara ringankan blog

5 tips untuk meringankan blog yang berat :

Di bawah ini, aku senaraikan beberapa tips untuk meringankan blog korang yang berat. Jom semak.

#1 Jangan Letak Terlalu Banyak Widget

Biasanya widget ni newbie selalu buat, sebab apa? Sebab seronok letak widget banyak banyak. Samalah kita suatu masa dahulu. daku pernah je letak jam, lagu, kalendar. Ha aku lah tu, letak banyak sangat widget kat sidebar. Bila widget dah penuh di sidebar, maka ianya akan memberatkan blog korang dan automatik blog akan jadi lambat loading. 

#2 Kurangkan Jumlah Entri Dalam Blog

Ini bukan maksud terus tak update entri, entri ni hanya 3-4 entri je di home blog korang. Kalau sampai 10 entri di home korang, no wonder blog berat. Aku ni tengah nak edit balik home page biar laju sikit korang nak cari info dalam blog ni. 

#3 Jangan Banyak Kolom Di Blog

Sebelum ni cadang nak letak 3 kolom, tengah untuk entri dan kiri kanan untuk sidebar tapi bila pikirkan balik, eh macam semak pulak nak letak sampai 3 kolom. Akhirnya letak je 2 kolom, kiri untuk entri dan kanan untuk sidebar. Kalau letak 3 kolom, blog terpaksa loadingkan wiget di sidebar dulu , baru bahagian entri. Orang ni nak baca entri bukannya nak tengok sidebar.

#4 Tak Perlu Upload Banyak Gambar Di Sidebar

Aku perasan kadang ada blogger sampai letak 10 gambar dalam sidebar. Pening kadang nak tengok, mana satu ni nak baca ke nak tengok gambar kat sidebar. Kalau nak letak gambar kat blog, better upload je kat instagram. Lagi senang, blog tak berat dah tau.

#5 Susun Segala Jenis Gadget Di Sidebar

Macam mana nk susun? Korang mulakan dengan gadget yang paling berat contoh macam chat box, chat box ni letak bahagian bawah sidebar. Follower gadget pun sama, letak pada bahagian bawah. Senang bila blog loading tak terus jadi berat. Sebab gambar follower tu akan memberatkan blog, percaya lah.

Kesimpulan


Sebelum ni, macam tak kesah sangat bila blog berat sebab yakin orang tetap akan baca. Padahal, lagi blog berat lagi cepat orang keluar dari blog kita. Siapa je nak baca blog yang loading macam siput? Sakit jiwa tu.

Lepas tu, aku upgradelah sikit dan sekarang segala jenis widget yang tak bagi manfaat memang takkan guna. Nak biar kosong sikit, nak orang klik blog kita zappp terus boleh baca entri ha gitu. Aku harap entri ni membantu korang yang bermasalah dengan blog berat, 5 tips meringankan blog yang berat ni in shaa Allah dapat membantu.

Semoga bermanfaat.



9 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. kadang bukak blog berat, tulis comment panjang2 then fully loading.. smua tu hilang huhuh kena type smula

    BalasPadam
    Balasan
    1. i face the same problem too atie.. geram jgk kdg kann

      Padam
  2. Ok, mantapp Shu, terima kasih backlink dan infonya...

    BalasPadam
  3. Wow mantapp Shu... terima kasih backlink dan infonya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama