Tazkirah Ringkas #33



Kata Sheikhuna hafidzohullah ketika mensyarahkan Luftaful Kabid ila Nasihat al-Walad,

Lihatlah kepada nafsu syahwat, berapa banyak ia telah menjadikan manusia hina dan berapa orang yang telah jatuh kerana ikut nafsu.

Mereka yang akan gembira di hari akhirat, mereka dapat melawan nafsu mereka dan mereka yang akan sedih di hari akhirat adalah mereka yang ikut hawa nafsu dan menjadikan urusan dunia mereka lebih daripada urusan akhirat.

Lihatlah kepada raja-raja dan lihatlah kepada keadaan orang yang zahid apakah natijah dan manfaatnya setelah mati? Lihatlah setelah kematian mereka, yang kekal bagi orang soleh pahala yang besar dan mereka disebut dengan perkara yang baik.

Apakah natijah dosa dan mengikut hawa nafsu? Mereka akan disebut setalh kematian mereka dengna perkara yang jahat dan tidak baik dan ada bagi mereka azab atas apa yang mereka lakukan.



Catat Komen

1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!