Resepi Nasi Tomato Simple Yang Sedap (Lengkap Dengan Ayam Masak Merah & Acar Timun Nenas)

Assalammualaikum.
Bismillah.

Resepi Nasi Tomato Simple Yang Sedap (Lengkap Dengan Ayam Masak Merah & Acar Timun Nenas) | Fuhh panjang betul tajuk resepi ni. Selain nasi minyak, nasi tomato ni juga salah satu menu yang paling daku tunggu tiap kali ada majlis kahwin di kawasan kampung. Kebanyakkan orang Johor pilih menu nasi minyak, nasi beriani atau nasi tomato sebagai menu utama dalam majlis perkahwinan.



Dengar je nasi tomato, mesti akan pikir adanya ayam masak merah dan acar timun nenas sebagai pelengkap nasi tomato tu. Daku ni kalau majlis sedara mara, confirm bertambah tambah makan. Cuma malu je kalau majlis orang lain, kan kata kita makan sampai tak ingat orang lain. Masa mengandungkan Luth, tiap tiap hari makan nasi tomato, tak silap masa tu bulan puasa. Sampaikan orang jual nasi tomato pun dah kenal muka daku ni.

Jadi, hari ni daku nak kongsikan resepi nasi tomato simple yang sedap dan lengkap dengan ayam masak merah & acar timun. In syaa Allah, confirm jadi buat nasi tomato ni. Jom kita mula.


Resepi Nasi Tomato Simple Yang Sedap Untuk Di Makan


Bahan - bahan untuk membuat nasi tomato yang simple : 


Di bawah ini adalah senarai  bahan masak yang diperlukan : 


  • 5 cawan beras biasa 
  • 5 cawan air
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 1/ 4 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sudu besar gula
  • 1/ 2 sudu besar garam
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 4 biji tomato (kisar dengan sedikit air)
  • 2 biji bawang besar*
  • 8 ulas bawang putih*
  • 2 ketul halia sebesar ibu jari*
  • Bahan bertanda * dikisar atau dihiris halus



Cara - cara untuk membuat nasi tomato yang simple : 


Ikuti langkah di bawah dengan teratur : 


#1 Rendam Beras

Mula-mula rendamkan beras supaya beras masak elok bila dah dicampur dengan bahan-bahan lain. Saya guna beras biasa saja, rendam selama 15-20 minit. Kemudian, basuh dan toskan.


#2 Tumis Bahan

Cairkan mentega dan minyak masak dalam sebuah periuk di atas api yang sederhana. Tumiskan  kayu manis. Seterusnya masukkan bahan yang di hiris dan kacau hingga berbau wangi.


#3 Masukkan Beras

Kecilkan api dan masukkan beras. Kacau rata-rata selama 1 hingga 2 minit. Seterusnya masukkan air, susu cair, tomato puri, gula dan garam secukup rasa.


#4 Pindahkan Ke Rice Cooker / Masak Seperti Biasa

Last sekali pindahkan semua bahan dalam periuk ke rice cooker dan masak seperti biasa. Nak masak terus guna periuk atas api pun boleh. Sementara tu kita buat pula lauknya.


Jangan Lupa! Ini Resepi Ayam Masak Merah Yang Mudah Untuk Di Masak 



Bahan - bahan untuk membuat ayam masak merah :

  • 1 ekor ayam 
  • 3 biji bawang besar (saiz besar tau)*
  • 4-5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 15-20 cili kering*
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 kulit kayu manis
  • Garam dan gula secukupnya
  • Kisar semua bahan bertanda *



Cara - cara penyediaan ayam masak merah yang boleh dimakan bersama nasi tomato simple yang sedap :


Ikuti langkah di bawah dengan teratur : 


#1 Tumis Rempah & Bahan Kisar

(Saya tak goreng ayam dahulu sebab saya tak berapa suka -ikut citarasa sendiri kalau rasa nak goreng pun boleh ). Kemudian tumis kulit kayu manis dan bawang sampai naik bau. Masukkan serai, kacau sekejap. Lepas tu masukkan bahan kisar yang bertanda *. Tumis sampai garing.


#2 Masukkan bahan lain 

Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis lagi sampai garing. Kalau nak buat kuah lebih boleh tambah air sedikit.


#3  Perasakan

Akhir sekali perasakan dengan gula, sos cili dan tomato. Biar sekejap dan kacau sesekali. Perasakan dengan garam pulak. Lepastu bolehlah masukkan ayam. Kacau semua dan gaul sebati. Tunggu sehingga ayam masak dan mendidih buleh tutup api. Siap ayam masak merah. 


Eh Satu Lagi Resepi, Acar Timun Dan Nenas, Sebagai Pelengkap Nasi Tomato Yang Simple Dan Ayam Masak Merah


Bahan - bahan untuk membuat acar timun dan nenas: 


Di bawah ini adalah senarai  bahan masak yang diperlukan : 


  • Lobak merah
  • Bawang merah
  • Timun
  • Cili
  • Nenas
  • Gula & Cuka Secukupnya




Cara - cara untuk membuat acar timun dan nenas : 


Ikuti langkah di bawah dengan teratur : 


#1 Hiris

Basuhkan semua bahan bersih-bersih dan hiris semua bagi memanjang.


#2 Perasakan

Kemudian perasakan dengan gula dan sedikit cuka dan air ikut selera masing-masing. Siap untuk dihidang.


CUBA RESEPI MENARIK LAIN



Amboi, fokusnya buat nasi tomato simple yang sedap dan lengkap dengan ayam masak merah & acar timun. Bahan - bahan nak buat resepi ni pun mudah je nak cari, tak perlu dah tumbuk tomato pastu tos sampai dapat puri tomato. Beli puri tomato, ha masak je terus. Menu ni sesuai untuk semua majlis majlis.

Nasi tomato ni orang dah meniaga kat pasar malam dah, ramai pulak tu. Musim covid ni lagi baik masak terus kat rumah, tak perlulah nak bersesak kat tempat awam. Baik duduk rumah, jaga diri kita tau. Kita jaga kita. 

Selamat mencuba semua.


Sumber : Reen Sofee


Info Ibu Hamil
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi
https://t.me/ResepiKampungku


Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
https://t.me/bloggersmalaysia




    5 Ulasan

    Sila tinggalkan comment korang disini!

    Catat Ulasan

    Sila tinggalkan comment korang disini!

    Post a Comment

    Terbaru Lebih lama