Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

 



Assalammualaikum.
Bismillah.

Nyatakan perasaan korang dalam menyambut bulan Ramadhan & Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi (penceritaan bebas). 

Kalau cerita bab perasaan ni, dah tentu teruja bila kerajaan umumkan Bazar Ramadhan & Bazar Aidilfitiri dah boleh beroperasi. Inilah satu satunya peluang nak merasai kehangatan ramadhan dan syawal walaupun dalam keadaan covid 19. Apa kan daya bila kerajaan umumkan tiada rentas negeri sehingga tarikh yang akan disebutkannya nanti. Bayangkan, syok syok nak sambut tiba tiba tak boleh rentas negeri lagi, maknanya dah 2 kali raya tak dapat balik kampung. 

Termenungku sendiri, hati sayu mengenang dirimu ~~~~~~

In syaa Allah, tahun ni nak merasa juga puasa sebagai ibu menyusu, macam tahun lepas tak sanggup nak puasa terkenang Luth Isyraf masih dalam rahim. Kali ni puasa sebagai ibu menyusu, nak tengok boleh tahan ke tak nak penuhkan 30 hari puasa dan bekerja kat site pulak tu. Doakan semoga diri ini kuat menahan diri ketika ramadhan. 

Tahun ni juga ramadhan dan syawal bersama anak, eh tahun lepas berdua je, tahun ni bertiga. Baju anak pun dah beli bulan lepas, excited nak sambut syawal dengan anak. Biar anak lebih dari kita, jangan kurang sikit pun bab anak ni. Ha ni tunggu kain sampai je, nak jahit baju melayu untuk anak. Nak beli pun harga yahudi, better suruh mak je jahit, bolehlah dapat belajar jahit baju anak. Tema baju tahun ni, hentam je lah, janji tukar baju raya. Setahun sekali je kan.





Seandainya boleh balik kampung raya ni, ha yang ni memang dinanti-nanti dan ditunggu-tunggu. Sebenarnya, nak beraya dalam rumah baru kat bagan serai, perak. Rumah dah dapat awal tahun tapi masih tak duduk kat sana, disebabkan kekangan kerja. Nak ajak adik beradik dan ipar ipar duduk beraya dalam rumah baru, bagi meriah sikit rumah baru tu. Dalam hari raya tu, nak shopping barang rumah, ni je lah motif sebenarnya bila balik kampung. Nak beli dan penuhkan barang barang rumah, duit dah ada tapi masa yang tak ada.

Harapnya syawal kali ni, bolehlah eak kita semua rentas negeri. Sama sama kita doakan!







Catat Komen

13 Ulasan

  1. In shaa Allah, semoga syawal ni boleh rentas negeri.
    Goodluck and all the best! :)

    BalasPadam
  2. Waa, bestnya kalau dapat kumpul adik beradik di rumah baru kan. :)

    BalasPadam
  3. moga moga dah boleh rentas negeri kan

    BalasPadam
  4. hope boleh rentas negeri.
    anyway all the best

    BalasPadam
  5. Semoga berjaya.
    Semoga Ramadhan dan Syawal tahun ini lebih bermakna

    BalasPadam
  6. Good luck. Harap2 macam tu la kan... nak pergi beraya ke rumah saudara mara... kena rentas negeri...huhuhu

    BalasPadam
  7. singgah dri GA yg sama..goodluck!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    BalasPadam
  8. Semangat semua hendak rentas negeri. Hehe nasib baik duduk dengan ibu bapa.

    BalasPadam
  9. Salam OM :)
    K.shida blogwalking ke blog peserta-peserta GA Raya Bersama SRB.

    Rasa sayu juga baca luahan hati om tu..mudah-mudahan dapat la balik ke rumah baru om, dapat hias dan sebagainya, Tahniah om atas rumah baru tu ya.. K.Shida juga rasa harapan tipis utk rentas negeri huhuuu

    Terima kasih sudi join Giveaway Raya Bersama SRB <3
    ALL THE EBST!

    BalasPadam
  10. Selamat berjaya..mudah mudahan ada rezeki menang hadiah..

    BalasPadam
  11. Senarai Pemenang dah keluar ya :)
    Boleh semak, Tahniah kepada semua peserta!

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!