Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Day 1 - Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda.

 Assalammualaikum.
Bismillah.



Cabaran 15 Hari Menulis Blog | Day 1 - Gambar Terbaru Dan Fakta Tentang Anda. | Baru hari ni nak buat cabaran 15 hari menulis blog, sebelum ni tahap malas tu ya rabbi ya karim, Allah je yang tahu. So hari ni, daku nak settlekan day 1 punya cabaran.


Fakta Tentang Ombak Bergigi

1. Dah berkahwin BTW! Ramai yang ingat daku ni belum berkahwin dah macam tak caya dah ada anak seorang. Mungkin sebab badan daku ni sama je sebelum dan selepas kahwin, but honestly, I'm wife to Zainal Aziz.

2. Ada yang kata, daku ni baru 1 tahun kerja site. Hehehehee.. Daku dah 6 tahun kerja construction dan full time on site, means I'm supervisor that supervise all works on the site and i'm not an engineer.  

3. Pernah kerja di Bakery Aoen Big Wangsa Maju, dan sangat malas nak buat kek. Bila betul-betul teringin nak makan kek, barulah rajin buat.


4. Untuk blogging, daku start blogging since 2010, itu fakta yang perlu korang tahu. Daku start ketika Irine Nadia masih tengah hot dalam dunia blogging. Disebabkan faktor lain, daku stop until 2012.  

5. Daku tak pernah makan ikan keli, ikan talapia, ikan patin dan kambing. Hahahaha. Daku tak tahan dengan bau, masaklah sesedap mana, i dont want to eat them! 

6. Sanggup tahan kencing atau berak bila tengok keadaan toilet awam or toilet mana mana yang mengerikan.  

7. Sejenis manusia yang mudah teringat mimpi mimpi yang lepas dan kadang mimpi tu jadi realiti, macam eh 'macam pernah alami je' dan bila ingat balik, sebiji macam dalam mimpi.

8.  Daku fobia dengan lubang lubang kecil, meremang bulu roma dan boleh teringat ingat sampai dalam mimpi.

9. Tak suka pakai emas atau jam tangan, kiranya barang barang yang melekat kat anggota badan. Masa kecil dulu, bila mak abah pakaikan emas, automatik dapat gatal gatal yang teruk. Cincin kahwin pun tak pakai, hahahahah. 

10. Tak minat kpop tapi minat kdrama, boleh eh gitu? Pernah marathon 24 jam untuk 2 cerita, sampaikan tak tidur seharian. 

11. Daku dah tak percaya dengan 'BFF relationship' semenjak umur 18 tahun, dan until now, the only friends in my life is my adik je, apa jua masalah, dia orang pertama yang tahu dulu. 

 Orang kata, 'be yourself' jangan 'be selfish'. Kbye.  

Catat Komen

6 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!