Assalammualaikum.
Bismillah.

Wordless Wednesday | Nak Berhenti Kerja Site Bila Dah 6 Tahun. | Isu kerja ni memang macam chipsmore, kejap nak kerja kejap nak berhenti. Tak pernah nak buat satu keputusan yang tetap. Bila tengok muka Luth, alahai kesiannya umur 44 hari dah tinggal dengan Tok Mak dia, kiranya kasih sayang kami ni kurang sangat untuk Luth. 




Siapa yang tak sayang anak? Haiwan pun sayang anak tau apatah lagi manusia. Asalnya memang nk berhenti bila dah bersalin tapi diri ni tak percaya dengan rezeki Allah. Gigih kerja balik lepas habis berpantang, bila difikirkan semula, kenapalah daku ni putuskan untuk bekerja, tinggal anak dekat tok mak. Rasa macam useless jer!

Genap 6 tahun kerja site, daku nekad nak berhenti jadi ada masa untuk setahun lagi bagi kumpul dan mantapkan bisnes tudung dan juga shopee. Untuk blog ni, semoga diberikan kekuatan untuk update setiap hari tanpa rasa jemu dan culas!

4 Ulasan

  1. Dulu pernah ada niat bila kawen nk stop keje..tp mampu 10 bulan je bertahan..xboleh..x kerja ^_^

    BalasPadam
  2. Besar pengorbanan seorang ibu demi anak! Semoga rezeki Allah sentiasa menyebelahimu dik.

    BalasPadam
  3. semoga luth semakin hepi bila dapat bersama OM setiap hari nanti. Sisyat doakan semuanya dipermudahkan :-)

    BalasPadam
  4. selalu juga fikir nak berhenti, tapi bila dah pkp ni baru saya sedar, saya nak kerja. huhuk

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!