Resepi Cheesekut Hanya Guna 4 Bahan, Dah Tentu Sedap.

Resepi Cheesekut Hanya Guna 4 Bahan, Dah Tentu Sedap. | Dah lama nak buat resepi cheesekut ni since mengandungkan Luth, tak silap masa tu hari raya dan masih dalam pkp. 

Dah nama pkp kan, habis semua cheese Beqa ni, payah betul nak jumpa tau. Pergilah mana mana pasaraya confirm tak ada. Bengang jer masa, nak makan tapi bahan pula susah nak dapat.


Jadi, minggu lepas masa mak kirim beli mee laksa baru perasan ada cheese Beqa tu, teruslah rembat sebab dah lama nak makan cheesekut. Lagipun, buat korang yag kurang suka coklat bolehlah buat cheesekut ni. 

Rasa lemak lemak cheese gitu, dan rugi tak cuba tau. Cheesekut ni daku gua hanya 4 bahan dan mudah je nak buat.

Ha jadi apa kata baca resepi ni dulu dan cuba buat. In syaa Allah menjadi. Selamat mencuba semua!

4 Bahan Je, Dah Boleh Buat Cheesekut, Eh Jom Cuba!


Bahan bahan untuk membuat cheesekut 4 bahan :

  • 250 gram Cheese jenama Beqa
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 bungkus biskut cracker
  • 2 cawan susu full cream

Cara - cara untuk membuat cheesekut 4 bahan :


Ikuti langkah di bawah dengan teratur.


#1 Kisarkan Bahan

Pertama sekali, korang masukkan 250 gram cheese, 1/2 cawan susu pekat dan 1 cawan susu full cream. Blender ketiga tiga bahan ni sehingga sebati. Nak guna mixer pun boleh tau.


#2 Rendamkan Biskut

Kemudian, masukkan 1 cawan susu full cream ke dalam bekas kosong dan celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu full cream. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang korang kisarkan tadi.

Ulang langkah yang sama sampai cream cheese menutupi lapisan biskut yang paling atas.




#3 Letakkan Toping

Seterusnya, taburkan sedikit serbuk Milo sebagai topping. Nak guna bahan lain pun boleh contohnya Nestum, biskut Oreo, buah buahan atau apa sahaja yang korang suka. Kalau daku, letak topping Milo je. Alhamdullilah, sedap.


#4 Sejukkan Di Dalam Peti Ais

Akhir sekali, simpan ke dalam peti sejuk semalaman dan lepas tu, bolehlah dinikmati sebagai pencuci mulut. Urghh sedapnya! Kalau korang yang jenis suka banjir dan meleleh, bolehlah lebihkan cream cheese pada cheesekut tersebut.

Akhir Kata

Eh mudahnya resepi ni? Tak susah mana kan nak buat cheesekut 4 bahan ni kan? Jadi macam mana? Bolehlah korang cuba buat resepi ni. 

Gerenti, suami dan anak anak pun sayang. Untuk meniaga pun boleh je gunakan resepi ni. Selamat mencuba semua!



8 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama