Assalammualaikum. 
Bismillah.

Wordless Wednesday - Dah Berani Borong Di 1688.com | Sekarang ni daku memang dah kemaruk nak berniaga, ye 4 bulan kebelakangan ni alhamdulillah bisnes tudung fareha laris manis. Taip bulan cuma 1 helai je yang tak habis, dah big achievement dah sangat. 

Daku ni dah lama dah perhati 1688.com pasar online borong terbesar China. Waktu pkp dulu berjinak jinak join kelas 1688.com, sanggup berbayar demi nak berniaga. Siapa je tak rambang mata tengok barang dalam 1688 tu, murah berlipat ganda dari harga pasaran malaysia.




Baru baru ni daku cuba beli direct daripada china dengan bantuan kelas 1688 tu. Yelah dah bayar kelas tu beratus, lepas tu tak aplikasi, rugi je join, betul tak? Suami pula, boleh percaya ke? Macam mana kalau barang tak sampai? Sekarang ni, nak berniaga memang kena positif, tak boleh negatif, seandainya barang tak sampai anggap bukan rezeki. So far dalam kelas tu rata rata semuanya dah berjaya beli, sekali dah cuba confirm nak buat berkali kali.

Alhamdullillah, baju budak yang daku jual nanti masih dalam perjalanan menuju ke Malaysia. Tak cuba tak tahu, berani explore dalam bisnes! Doakan bisnes kecil daku ni berjaya ye. 

2 Ulasan

  1. Setuju...inilah risiko alam perniagaan. Takut rugi mmg takkan untung sampai bila²

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!