Tutorial Pasang Iklan Adsense Matched Content Pada Blog.

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tutorial Pasang Iklan Adsense Matched Content Pada Blog. | Alhamdullilah, rezeki yang daku tunggu sepanjang menjadi seorang blogger. Semalam bila daku check di google adsense, eh dah ada pula Matched Content. Alhamdullilah syukur ya mujib, Allah perkenankan doa daku untuk ada matched content, in syaa Allah bertambahlah rezeki untuk blog daku ni. Di bawah ni nanti daku akan terangkan satu persatu tentang matched content. In syaa Allah dapat membantu korang semua. Btw, aku dapt matched content ni dah setahun lebih dah tau. 


#1 Apa Itu Matched Content

Matched Content adalah salah satu iklan yang ditawarkan oleh google adsense. Matched Content ni kalau korang perasan seakan sama dengan Related Post. Cuma yang berbeza, Matched Content disediakan oleh Google Adsense manakala Related Post adalah daripada widget di blog atau third party, contohnya LinkWithin. 

Dengan adanya Matched Content, ianya dapat mempromosikan artikel berkaitan atau relevan kepada pembaca di blog korang, malah dapat meningkatkan pageview di blog korang juga. Apa yang daku perasan, bahawa Matched Content ni akan ada perkataan "Powered by Google".

In syaa Allah, pasti meningkat pageview blog korang dengan adanya Matched Content ni.


#2 Siapa Yang Ditawarkan Matched Content Ni?

Korang boleh check samada blog korang boleh menggunakan Matched Content atau tidak. Ini kerana terdapat syarat syarat yang perlu ada pada blog korang.

Syarat syaratnya ialah - info 2016 :

- Trafik blog setiap hari melebihi 1000 visit
- Jumlah artikel melebihi 1000 (jumlah artikel & pages)
- Setiap artikel mesti ada unique image (gambar sendiri)



#3 Cara Check Blog Korang Layak Atau Tidak?




Ikuti langkah langkah di bawah samada blog korang ada fungsi Matched Content atau tidak :

> Mula mula LOG IN ke akaun Adsense
> Pilih Setting
> Kemudian klik pada Sites
> Jika ada "Matched Content" di bawah menu "Sites", blog korang sudah layak menggunakan Matched Content.


#4 Cara Dan Toturial Pasang Iklan Adsense Matched Content

Korang boleh pilih samaada mahu letak di bahagia sidebar atau di bahagian bawah entri. Daku lebih memilih di bahagian bawah entri yang berhampiran dengan related post. 

> Mula mula LOG IN ke akaun Adsense
> Lihat pada bahagian "Ads"
> Kemudian klik pada "By Ad Unit"
> Pilih bahagian "Matched Content"



> Korang boleh pilih nama bagi iklan tersebut dan juga boleh pilih Ad Option, Style dan juga Size.
> Pilih SAVE AND GET CODE
> Kemudian, copy kod tersebut di tempat dahulu.




> Buka Blogger > Theme > Edit HTML
> Cari kod <data:post.body/> di bahagian kod tersebut.
> Pastekan kod dibawah ni ke bawah kod <data:post.body/> yang telah dipilih.

  <b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'> LETAK CODE MATCHED CONTENT ANDA DI BAHAGIAN INI </b:if>

> Klik Save


Alhamdullilah, maka selesailah toturial kali ini. Diharapnya dapat membantu kalian semua. Selamat mencuba.



7 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

  1. tq! dah pasang dah..tak reti sangat..sy paste je kat tepi ..huhuhu cari body tu tak jumpa pula

    BalasPadam
  2. tak pasang pun setting ni nanti boleh try. nice sharing :)

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam. Haii! 🤩

    OM dah bersalin ke?

    Tq OM share step by step. Lepas baca entry ni terus akak cek ada tak matched content ni. Hehe.

    Alhamdulillah ada. Syukur. Nanti nk try add dan buh code nya.

    Tq again OM

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!

Post a Comment

Terbaru Lebih lama