Assalammualaikum.
Bismillah.

Tazkirah Ringkas #27 | Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesa kepada anak anak dengan pesanan baik, contohnya:

  • Nanti abah dah tak ada korang jangan gaduh gaduh
  • Harta pusaka tu bahagikanlah baik baik ikut wasiat
  • Bila raya balik jenguk rumah pusaka
Itulah pesanan stereotaip. Tapi bagi saya, pesanan itu hanya bermanfaat di alam dunia. Lebih baik kita pesan sesuatu yang lebih bermakna untuk kita di alam sana. Bermakna sebab, di sana kita ni hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yang tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, everything disconnect. Maaf, sebenarnya ada lagi connectionnya. Lebih baik kita pesan begini kepada anak, untuk kebaikan our own future. Nanti jangan lupa bersedekah untuk mak setiap hari, sebab dulu mak tak sempat nak sedekah banyak kerana membesarkan korang. Jangan lupa bacakan surah mulk untuk mak setiap malam. Nanti ada juga peneman mak di kubur. Doakan kebaikan untuk mak abah setiap hari.





Ini yang lebih penting untuk kita pesan dan wasiatkan sebab tak tentu lagi kita selamat dengan amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yang masih hidup tolong topupkan dan doa, bacaan Quran dan sedekan ini jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya je. Ingatkan mereka, jika benar sayangkan mak abah, buat setiap hari.

Sebab dulu, kita jaga anak careful everyday. Kita bagi mereka makan minum everyday, bukan seminggu sekali. Ingatkan anak sebab jarang anak yang ingatkan ibu bapa mereka yang dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu, lepas tu mereka enjoy dengan harta pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat dan gembira. Then, setahun sekalu baru nak jenguk kubur baca Fatihah masa raya.

Saya kira, bukan begitu relationshipnya. Saya fikir, antra tanda anak benar benar sayangkan ibu bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana. Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran dan sedekah yang ikhlas yang bermanfaat untuk kita di alam sana. Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu bapanya yang mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah, apa yang kita ingatkan mereka, itulah yang kita dapat.

Ingatlah, kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup cuma berpindah alam lain sahaja.

Sekian, untuk ingatan diri sendiri, seorang ibu yang ada anak dan seorang anak yang masih ada kedua ibu bapanya.


1 Ulasan

  1. terima kasih atas ingatan..benda simple je kan...baca quran utk disedekahkan pada parents yg dah tiada..tp itupun kadang2 payah nak dibuat hari2. hhmmmmm..

    semoga ammi diberi kekuatan dan digerakkan hati utk membaca quran setiap hari

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!