Assalammualaikum.
Bismillah.
Kadang-kadang kita berdoa kepada Allah,
"Ya Allah, kenapa rezeki aku sempit, kenapa hidup aku susah, kenapa jiwa aku tidak tenang?"
Tetapi, kita lupa. Sudah terlalu banyak rezeki dan rahmat Allah yang kita tidak syukuri.
Allah bagi kita sihat, Allah bagi kita rezeki yang mencukupi, Allah bagi kita kerja yang stabil. Tetapi kita tetap rasa tidak cukup.
Kita terlupa, diluar sana, lebih ramai lagi insan-insan yang makannya dicatu, tidurnya di kaki lima, minumnya air minuman yang tidak ditapis. Mandinya yang tiada sabun.
"Seorang lelaki menemui Rasullullah SAW lalu bertanya : "Ya Rasullulah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?"
Rasullulah SAW menjawab : "Sedekah yang engkau berikan masa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan. Jangan kaum menunda-nuda sedekah sehingga nyawamu sampai ke kerongkong. Pada waktu ini, baru engkau mengatakan harta saya nanti sekian untuk waris itu, sekian untuk waris ini, padahal tanpa engkau katakan begitu, hartamu pasti akan menjadi milik warismu." (Riwayat Al-Bukhari)
Selalu kita berfikir, "Nanti bila aku sudah kaya, aku akan banyakkan bersedekah" Tetapi kita silap, kita terlupa. Sedekahlah yang akan mengkayakan kita.
Percayalah, Allah sudah menjanjikan rezeki yang berlipat ganda kepada meraka yang bersedekah. Dengan bersedekah, rezeki kita akan melimpah ruah, hidup kita akan lebih sempurna, jiwa kita akan lebih tenang.
Itu janji Allah.
7 Ulasan
Terima kasih atas perkongsian
BalasPadambersedekahlah walau hanya dengan senyuman dan kata-kata semangat :)
BalasPadamtq sharing om!
BalasPadamterima kasih atas perkongsian ni...
BalasPadambaca pasal rezeki ni teringat masa fasa pkp awal dulu.Ramai yang kehilangan punca pendapatan.Masa tu tgk ramai yang kehilangan kerja
BalasPadamKuasa sedekah mmg hebat.. Ada byak sedekah bole d'buat bagi saudara mara makanan, tolong org permudahkan urusan org, senyum saja pun sedekah.. Terima kasih OM atas perkongsian.. Semoga tulisan yg baik menjadi bekalan kita d'akhirat 😊
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ilmu ni :)
BalasPadamSila tinggalkan comment korang disini!