Assalammualaikum.
Bismillah.

Pertama Kali Beli Barang Di PG Mall, Not So Good. |  Awal bulan 9 dapat duit daripada PG Mall yang berupa c-wallet. Rezeki review entri pg mall, ha dapatlah beli beberapa barang di platform tu. Mulanya was was juga nak beli tapi difikirkan balik, sayang tak guna duitnya. Pg mall dah bagi takkan tak guna, eh rezeki jangan tolak tau.

Punyalah dok godek platfrom tu, hmm kurang sikit menarik. Barang yang dijual dalam tu pun, semuanya tak berapa nak menarik sangatlah. Urghh bosannya nak tengok. Sampai macam tu sekali. Ingatkan duit c wallet tu nak beli hadiah untuk birthday suami nanti, tapi hampeh pulak barangnya.



Akhirnya, daku grab 3 barang berupa 1 cerek air eletrik daripada Midea, 2 sabun badan daripada Tanamera dan 1 islamic audio mommyhana untuk Luth. Gigih beli 3 barang ni. Nak dijadikan cerita, cerek dan sabun daku order pada 17/9 tapi cerek air tu sampai 25/9. Lama okay, 9 hari tunggu. Daku ingatkan sampailah jugak sabun tanamera tu, tapi hampeh.




Bengang tunggu sabun tanamera tu daku chat terus dengan seller tu 24/9. Seller tak bagi kerjasama langsung tau, apa lagi tangan ni terus tekan cancel. Eh 25/9 tu baru gigih nak pos barang daku. Geram je tau. Di hari yang sama juga, daku sekali lagi order barang Luth iaitu Islamic Audio Device Mommy Hana. Mintaklah esok lusa sampailah dua barang ni, nak nak sabun tanamera tu. Lama tau order tak sampai sampai.



Lepas ni, nak beli barang di Pg mall kena fikir banyak kali. Takut duit kemana, barang pun kemana. Akhirnya berputih mata dan huhuhu je la. Apa apa pun terima kasih PG Mall. 

10 Ulasan

  1. slow sangatkan dia punya penghantaran..tak serupa shopee atau lazada..

    BalasPadam
  2. oh alahai.. nampak ramai blogger review PG Mall ni. good sharing. :)

    BalasPadam
  3. Bergantung dengan seller.. btw nice sharing.. sabar kak jangan marah

    BalasPadam
  4. huuu beli kat shopee la plak .. tengok cam tu jugak barang x berapa menarik

    BalasPadam
  5. tak pernah lagi cuba PG Mall ni walaupun nampak ramai je yg buat review..takut karang duit habis ke online shopping je huhu

    BalasPadam
  6. Kadang itu yang tak best bab penghantaran ni. Tapi malas nak keluar. Hahaha

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!