Assalammualaikum.
Bismillah.
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan kepada BPN 2.0 | Alhamdullilah, sedikit lega apabila mendengar perutusan daripada Perdana Menteri kita tadi. Syukur masih ada bantuan prihatin daripada kerajaan untuk membantu rakyat yang lebih memerlukan. Lagipun, nak mengaharapkan i lestari pun belum tentu cukup, dengan adanya BPN 2.0 in syaa Allah sedikit sebanyak dapat melegakan hati rakyat.
Bantuan Prihatin Nasional BPN telah dilanjutkan kepada BPN 2.0. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah hampir RM7 billion untuk empat kumpulan rakyat yang layak. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kumpulan pertama seramai 3.7 juta isi yang akan menerima bantuan tambahan RM1000 ialah golongan B40.
Kumpulan kedua seramai 3.8 juta, kumpulan bujang B40 sebanyak RM500. Kumpulan ketiga seramai 1.4 juta isi rumah M40 sebanyak RM600 dan kumpulan keempat seramai 1.7 juta iaitu kumpulan M40 yang layak akan menerima sebanyak RM300.
Bantuan Prihation Nasional 2.0
- B40 isi rumah - RM1000
- B40 bujang - RM500
- M40 isi rumah - RM600
- M40 bujang - RM300
1 Ulasan
alhamdulillah... semoga dapt membantu rakyat
BalasPadamSila tinggalkan comment korang disini!