Assalammualaikum.
Bismillah.

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan kepada BPN 2.0 | Alhamdullilah, sedikit lega apabila mendengar perutusan daripada Perdana Menteri kita tadi. Syukur masih ada bantuan prihatin daripada kerajaan untuk membantu rakyat yang lebih memerlukan. Lagipun, nak mengaharapkan i lestari pun belum tentu cukup, dengan adanya BPN 2.0 in syaa Allah sedikit sebanyak dapat melegakan hati rakyat.

Bantuan Prihatin Nasional BPN telah dilanjutkan kepada BPN 2.0. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah hampir RM7 billion untuk empat kumpulan rakyat yang layak. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa kumpulan pertama seramai 3.7 juta isi yang akan menerima bantuan tambahan RM1000 ialah golongan B40.

Kumpulan kedua seramai 3.8 juta, kumpulan bujang B40 sebanyak RM500. Kumpulan ketiga seramai 1.4 juta isi rumah M40 sebanyak RM600 dan kumpulan keempat seramai 1.7 juta iaitu kumpulan M40 yang layak akan menerima sebanyak RM300.



Bantuan Prihation Nasional 2.0

  • B40 isi rumah - RM1000
  • B40 bujang - RM500
  • M40 isi rumah - RM600
  • M40 bujang - RM300

Bayaran BPN 2.0 ini akan dibayar sebanyak dua kali pada hujung bulan depan (Oktober 2020) dan selebihnya akan dibayar pada bulan Januari 2021. Golongan B40 akan menerima RM700 pada bulan Oktober 2020 dan RM300 lagi akan diterima pada Januari 2021.

Untuk BPN 2.0, tidak perlu membuat sebarang permohonan. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada mereka yang layak dan lulus di BPN 1.0 sebelum ini.





1 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!