Assalammualaikum & hello there!

Dugaan Laptop Rosak! | Geram je bila on laptop tak menyala langsung screen. Dah lah laptop suami, menyesal jugak tak dengar cakap suami. Suami pesan kipas laptop jangan terlindung nanti motherboard rosak.

Sekali memang rosak betul! Laptop tu pulak semenjak terkena kejutan elektrik kat office site 2 tahun lepas, memang kerap sangat hang. Sampaikan buat kerja office, suka sangat hang. Kadang lepaskan geram je kat laptop tu, sampai suami dok perhati je perangai isteri dia.


Betullah, kalau degil sangat cakap suami mesti jadi something at the end. Mengadu kat suami, suami pun cakap “abang dah pesankan hari tu” mulalah kita yang ibu mengandung ni jadi sensitif dan rasa serba salah. 

“Abang, habis tu macam mana ni? Nak beli baru ke repair motherboard?” Suami ni habis habisan nak jaga hati. “Benda laptop tu dah pakai lama, since short kat site kan jadi hang selalu, nanti abang tengokkan laptop lain tapi tak dapat laptop yang sama macam abg tau”.

Jujur! Daku menyesal tak dengar cakap suami. Kan tak pasal update entri blog guna handphone. Tunggu lepas bersalin nanti baru beli laptop baru. 

4 Ulasan

  1. semoga dipermudahkan buat Om.. sy faham juga tu sbb sebelum ni sy juga ada masalah laptop rosak sbb adik-adik terpijak.. nangis gila..

    BalasPadam
  2. sabar ye..memang hanginlah kalau guna desktop or laptop yg suka hang ni.. rasa nak campak je.

    BalasPadam
  3. Moga dimudahkan urusan kak om. nabila pun baru beli laptop baru , yang lama masuk air toner tumpah dalam beg. hehehe.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!