Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Rezeki Baby, Menang Segmen Bloglist 2020 Blog Shida | Sebenarnya daku sendiri tak perasan Kak Shida ada komen di salah satu entry mengatakan dah keluar senarai pemenang segmen. Daku ni makin hari makin malas pula nak update entri. Kalau tak silap masa tu, http://www.duniashida.com/2020/07/senarai-pemenang-segmen-bloglist-2020.html 17/7 dah keluar dah senarai pemenang.

20/7 barulah klik link tu, eh blog www.ombakbergigi.com jadi pemenanglah. Macam tak percaya. Terjerit kecillah sebab happy, suami siap perli "dah kenapa malam-malam menjerit". Tunjuk dekat suami entry tu, suami kata "yeke" entah entah orang lain yang menang. 



Gigih tau dm fb kak shida, nak confirmkan semula sama ada daku menang atau tak. Nanti kecewa oo kalau tak menang. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Kata kak shida, memang daku yang menang. Fuhh mahunya tak happy sebab rezeki baby lagi. Bulan depan, baby nak keluar ke dunia nyata dah. 

Alhamdulillah rezeki. Terima kasih Kak Shida. 

3 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!