Assalammualaikum
dan salam sejahtera.
NAK MAKAN
AYAM ENAK DAN LAZAT? JOM DAPATKAN PENGHANTARAN PERCUMA DI KFC MALAYSIA | Lama
juga tak menaip entri personal. Daku berharap para pembaca yang masih setia
dengan blog daku ni sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu. Siapa suka
makan KFC? Angkat tangan laju-laju. Hehehehe. Daku dari kecik, memang suka
makan KFC. Setiap kali mak bawa balik KFC, confirm daku ni manusia pertama yang
paling excited antara adik beradik. Lagi-lagi kentang putar, kalau boleh nak
makan menyorok dalam almari, sebab tak suka share.
Bila KFC Malaysia mula menjual semua menunya di Food Panda, dakulah paling seronok
sebab bila dah pregnant ni memang malas nak keluar rumah sebab tu waktu PKP
yang lalu, daku dan suami memang suka dan terlalu kerap membuat pesanan secara
talian di KFC Malaysia melalui Food Panda. Siapa je yang berani keluar rumah
kan waktu PKP tu? Daku pun tanpa fikir panjang terus survey menu yang ada di
KFC Malaysia. Pada mulanya sebelum itu ingat nak pesan Domino’s pizza tapi ada
syarat pula. Tak jadi nak pesan pizza, terus beralih ke KFC Malaysia.
Menu dipesan NASI KARI ATUK 2PC COMBO HOT SPICY dan air tin pepsi berwarna hitam. Terkejut juga bila daku terima pesanan tersebut, laju juga servis penghantaran. Dalam masa 30 minit dah sampai depan pintu rumah dah. Laju kan? In syaa Allah, nanti daku cuba pesan set bucket sebabnya lagi berbaloi bagi keluarga besar seperti daku. Lagi pun KFC Malaysia sudah ada Bucket Rakyat, daku tak pernah lagi cuba untuk membelinya.
Harga bagi
ketiga-tiga combo :
12pc Bucket Rakyat : RM64.90
- 12 ketul ayam
- 2 colonel rice
- 2 whipped potato (regular)
10pc Bucket Rakyat : RM54.90
- 10 ketul ayam
- 2 colonel rice
- 1 whipped potato (regular)
6pc Bucket Rakyat : RM34.90
- 6 ketul ayam
- 2 colonel rice
- 1 whipped potato (regular)
Eh murah kan? Lagi murah dari harga 2-3pc ayam kan? Kesimpulannya, dengan duit RM50 korang dah boleh dapat 6pc Bucket Rakyat.
6pc Bucket Rakyat : RM34.90
- 6 ketul ayam
- 2 colonel rice
- 1 whipped potato (regular)
Ye, zaman sekarang setiap sen yang keluar sangat penting. So, kalau nak makan bersama family, memang berbaloi keluar korang beli KFC Bucket Rakyat ni. Eh tapi bukan Bucket Rakyat je ada, korang boleh order pelbagai menu yang ada di KFC Malaysia. Tapi yang daku suka order ialah Individual Meals. Ada 7 pilihan individual meals hebat dengan harga serendah RM12.50 iaitu 1pc Colonel Burger Combo, 1pc Rice Combo, Zinger Stacker Combo, Zinger Burger Combo, 6pc Nugget Combo dan Popcorn Chicken Combo.
Menu ni sesuai untuk korang yang nak makan KFC tapi dengan kuantiti yang sedikit. Mana satu pilihan korang? Lepas ni tak perlu bising kata KFC Malaysia tak banyak pilihan untuk individual. Lepuk kang! Daku suka makan Zinger Burger Combo sebab dapat 1 Zinger bUrger, 1 Potato Wedge dan 1 minuman berkarbonat. Eh boleh habis tau, tak perlu dah berkongsi dengan suami.
Korang
boleh cuba menu KFC Malaysia dari rumah, pejabat atau mana-mana pon melalui kfc
delivery oleh KFC Malaysia by Food Panda Malaysia. Memang cepat sampai, maximum
20 minit je waktu menunggu. Harga memang sama je dengan harga KFC Delivery.
Overall,
daku memang puas hati dengan menu KFC Malaysia yang ada di Food Panda ni dengan
harapan sangat KFC dapat kekalkan menu-menu ni. Tapi awal daku cakap, pandangan
orang berbeza-beza. Ada yang suka, ada yang tak suka. Kang nanti korang marah
daku pula sebab bila korang rasa KFC tak sedap. Ikut selera masing-masing.
Heheheheh.
Kalau korang, datang KFC Malaysia biasa order set yang mana dan boleh tinggalkan komen dibawah dengan pandangan korang tentang KFC Malaysia. Okay tu je, bye!
Untuk info
lanjut, layari website KFC MALAYSIA.
5 Ulasan
lama jugak tak makan kepci ni. Hehe
BalasPadamHave a lovely day 😊
BalasPadamsejak jaga MIL FIL uzur kat rumah kami, selalu tetamu datang bawak KFC. merasa la seketul dua ayam. hehehe
BalasPadamMy fav kfc ni
BalasPadammakin mudah sekarang.. call je ayam smp depan pintu rumah.. haiii rindu nak makan kfc, boleh la order delivery nnt
BalasPadamSila tinggalkan comment korang disini!