Assalammualaikum dan salam sejahtera.



Jom Support Bisnes Kecil Daku! | Siapa suka bisnes? Tak kesahlah bisnes kecil-kecilan atau bisnes yang besar-besar tu. Ye sebelum ni daku cuba untuk bisnes dengan Mary Kay. Malangnya 2 kali daku cuba 2 kali juga daku gagal. Daku akui tak semua yang mampu untuk memiliki dan menggunakan Mary Kay sebagai skincare mereka. Mary Kay juga perlukan modal yang besar, macam daku ni masih jinak-jinak tak mampu dan tak berani nak keluarkan modal yang banyak sebab tu daku masih gagal untuk berbisnes dengan Mary Kay.

Puas juga fikir nak berbisnes apa, sampai dah nekad nak bisnes pelamin bajet. Bila pikir semula pelamin bajet pun paling kurang kena keluarkan 2-3 ribu tau modal. Buntu tau bila nak cari duit lebih dan tak ada idea nak berjual apa masa tu.

Bulan lepas gigih survey bisnes tudung, cari yang ready stock sebab nak mulakan terus. Daku ni memang jenis bukan penyabar orangnya. Kalau boleh nak time tu, time tu jugak kena ada. Daku dah lama dah perhatikan Tudung Fareha, tak pernah cuba pun tudungnya. Gigih juglah cari stokis berdekatan dengan rumah. Alhamdullilah ada juga stokis yang dekat dengan rumah.


Dari 1 jun sampai 24 jun tu, daku macam was-was pulak nak buat bisnes tudung fareha, 24 hari fikir betul ke apa yang daku buat ni. Malam 25 jun tu, tawakal je nak grab 1 kodi means 20 helai tudung. 1 kodi bukannya murah tau beratus juga. Tawakkallah! Rugi atau untung tu dah rencah berbisnes, nak atau tak cuba keluar dari zon selesa.

Dah grab 20 helai, maka bermulalah perjalanan berniaga tudung fareha. Daku masuk group keramat dan kem DTHO, alhamdullilah malam tu ambil stock malam tu juga COD tudung. RM200 tau malam tu dapat, macam tak percaya. 2 hari lepas tu, ambil lagi 10 helai tudung fareha. Total 30 helai, dan berjaya jual sebanyak 26 helai tau, eh alhamdulillah big achievement sangat untuk orang yang tak sabar dan pemalu macam aku ni.


Untuk bulan julai ni, daku dah aim untuk jual 30 helai tudung fareha, dah perlu habiskan kesemuanya! Tak sabar nak menjual. Daku harap kawan-kawan blogger daku ni supprort small bisnes daku yang tak seberapa ni. 

Jemputlah cuci mata di instagram bisnes daku. 

https://www.instagram.com/shuhadaherman



5 Ulasan

  1. Semoga dimurahkan rezeki..

    BalasPadam
  2. All the best, semoga sukses :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillahhh. wahhh tahniah om! suka tengok orang berjaya dalam bisnes / apa yang dia buat. inshaaAllah moga makin maju :D

    BalasPadam
  4. All the best, semoga sukses
    Semoga dimurahkan rezeki..
    Gigih mencuba pelbagai peluang niaga!

    BalasPadam
  5. Tahniah OG. Bisnes apapun kita buat, semoga mendapat berkat dan redha dari Allah.

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!