Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bayaran BSH Fasa 3 Mulai 24 Julai 2020 Ini | Bayaran bagi Bantuan Sara Hidup untuk fasa 3 akan mula dibayar pada 24 Julai 2020 bersamaan hari Jumaat ini. Bayaran untuk fasa 3 ini akan dilakukan secara berperingkat. Kalau En Abu dah dapat, belum tentu En Ali dapat bayaran BSH tersebut. Diharap bersabar ye.

Bagi mereka yang layak tetapi tidak mempunyai akaun bank, BSH boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia. Tarikh akhir tuntutan adalah pada 31 Disember 2020, jadi sebelum 31/12 silalah tuntut duit BSH anda ye.



Kategori Isi Rumah Bergaji Kurang dari RM2000


  • Isi rumah berpendapatan bawah RM200, mereka ini akan menerima RM600 manakala bujang pula akan menerima RM400.
  • Kadar tambahan sebanyak RM120 akan diberikan bagi setiap anak berumur 18 tahun ke bawah, terhadap kepada  empat orang dan bayaran akan dibuat secara sekali gus pada pembayaran Fasa 3 ini.


Contoh, Encik Abu bergaji kurang daripada RM2000 dan beliau mempunyai 5 orang anak di bawah umur 18 tahun. Encik Abu akan menerima jumalah bayaran seperti berikut :

  • Dibayar RM600
  • RM120 x 4 orang anak sahaja = RM480
  • Jumlah keseluruhan yang diterima adalah RM1080.

Kategori Isi Rumah Berpendapatan antara RM2001 -RM3000

Mereka ini akan menerima sebanyak RM350.


Kategori Isi Rumah Berpendapatan antara RM3001 -RM4000


Mereka ini akan menerima sebanyak RM100.


Bagi permohonan baharu BSH yang layak tetapi belum menerima bayaran Fasa 1 dan 2, bayaran akan dibuat secara sekali gus dalam pembayaran Fasa 3 mengikut nilai kelayakan kategori BSH 2020. Julah yang akan diterima adalah sperti berikut :

Kategor gaji bawah RM200

Fasa 1 = RM300
Fasa 2 = RM200
Fasa 3 = RM600 + RM480 (4 orang anak 18 tahun ke bawah)
Jumlah = RM1580


Untuk membuat semakan kelulusan atau pengkreditan boleh layari, https://bsh.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx





2 Ulasan

Sila tinggalkan comment korang disini!