Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Tragedi 28 June 2020 | Eh dah kenapa dengan 28 June? Nak dijadikan cerita, sepanjang umur 25 tahun tak pernah lagi ada pengalaman masuk air satu botol di hospital. Malam 27 jun tu, konon makanlah nasi goreng kampung dan satay. 5 cucuk satay ayam, 5 cucuk satay daging dan satu ketul nasi impit. Rasa dah satay daging tu macam hanyir tapi tak syak pun satay tu bermasalah, ye lah satay daging tu panas lagi kot. Kita ni dah lapar, makan je lah janji kenyang.

Pagi 28 june, jam 6 pagi dah rasa nak membuang. Gigih bangun dengan perut 7 bulan lebih ni. Sekali cirit dah. Masa ni tak syak pun keracunan makanan. Adik daku pun sama, membuang juga. Kami ingatkan perkara biasa je. Sekali dalam jam 8 lebih pagi tu, pelik kenapa perut ni memulas-mulas. Gigih tau google macam mana sakit contraction tu, tapi bukan. 

Dekat 15 minit sakit memulas, punyalah pujuk baby, "adik jangan tendang kuat sangat, sakit ibu nak". Tak menahan sangat pergilah toilet, tanpa berlengah terus je laju bak air lalu cirit tu. Sadis betul, kesian anak daku yang kena pulak. hahahahha. Rupanya bukan sampai disitu, dari 6 pagi sehingga 10.30 pagi dekat 6 kali membuang. 


Daku sms adik tanya, "Kau cirit ke tak"? Dia kata tak senang nak buat kerja, dia sendiri pun dekat 10 kali membuang. Kami pun decide nak pergi je klinik Idzham Setiawangsa. Adik daku sampai muntah 5-6 kali tau, daku ni 2-3 kali je muntah. Doktor bagi ubat dan baliklah berehat. Ingatkan bila makan ubat tu dah elok, eh makin teruk pulak.

Malam tu, dalam jam 10 malam, tak menahan sangat jiran ajak pergi Hospital Mizan, Wangsa Maju. Sekali amik kau kena masuk air satu botol. Masa tunggu kat hospital tu, sempat lagi membuang. Geram je hampir sehari cirit birit. Sampai demam badan lenguh. Dubur ni rasa macam dah tak ada sensor tau. 12 jam lebih kerja cirit birit. Siapa je yang tak penat?


Itulah pengalaman pertama kali masuk air satu botol. Urghh lepas ni kena pantau pemakanan. Dahlah daku ni mengandung 32 minggu, alhamdullilah baby tak apa-apa. Maafkan ibu nak. Ibu ingat kamu yang terlalu aktif. Sadis jer 28 june tu!






6 Ulasan

  1. syukur tak ada apa2....semoga cepat sembuh.

    cuba buat post dengan tajuk "10 himpuan resepi masak....." atau "15 resepi....." insy Allah, akan bertambah view......



    www.oohsenyum.com

    BalasPadam
  2. Semoga mama dan adik baby dalam perut sihat2 aje...

    BalasPadam
  3. Alahai iBu ni.. Seram pulak kena keracunan makanan macam ni. Jaga diri Ibu, dah tak lama lagi tu. ^^

    BalasPadam
  4. Semoga dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!