Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Happy Birthday Diri Sendiri. | 3 Jun 2020, maka genaplah umur 25 tahun. Seperti tahun-tahun sebelum ni, daku jenis tak suka sangat meraikan birthday diri sendiri. Rasanya dapat kek birthday ni boleh kira dengan jari je berapa kali je dapat. Hadiah pun sama.

Ingatkan husband lupa birthday daku hari ni, tunggu juga sebelum nak pergi kerja tu. Eh tak wish apa apa pun. Sadis juga awalnya. Tapi dalam jam 8 pagi dapat whatsapp dari husband, hahahah daku ingat husband sengaja lupa, rupanya tak.



Hadiah untuk tahun ni, husband bagi awal dari tarikh birthday. Daku dapat iphone 7+ dari husband. Tak tahulah kenapa suami nak bagi sangat, sedangkan iphone 6 daku ni masih elok lagi walaupun dah 3 tahun guna. Tapi bersyukur juga, alhamdulillah dengan pemberian hadiah dari husband. Dapat hadiah siapa je yang tak suka?

Daku harap semoga diri ini dipermudahkan segala urusan, diperluaskn rezeki seluas-luasnya langitNYA. Moga lepas jadi ibu ni dah kurang dah ego, marah-marah dan moody tak tentu hala.Semoga juga diri ini sentiasa sabar dan tabah dengan dugaan berumahtangga. Buat blog ini, moga diusai 26 tahun nanti daku dapatlah 1 juta pageviews, eh tiber!

Selamat Hari Lahir, Diri Sendiri!



5 Ulasan

  1. Happy birthday. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dikelilingan kebaikan dan rahmat Allah.

    BalasPadam
  2. Happy birthday... Thanks for your sharing 😊

    BalasPadam
  3. Happy birthday OB..moga ceria selalu dan bahagia...

    BalasPadam
  4. hello geng June <3 and happy belated birthday juga :)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..jom follow blog aku ya Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan.. Terima kasih sekali lagi..ya

    BalasPadam

Sila tinggalkan comment korang disini!